Monday, August 30, 2010

Kuasa Super

nursing home Pictures, Images and Photos

Assalamualaikum wtb~

Setelah beberapa kurun aku tak update blog ni, aku dapat satu idea. Memandangkan sekarang ni masa terluang aku dah banyak sangat so idea merepek – repek mula la menyemak dalam kepala otak aku ni.

Korang suka superhero? Tak kire la dari mane sekali pun. Aku nak cakap kat sini aku memang suke superhero. No offense~ Bukan nak bgtawu yang aku ni tak matured. TIDAK~ Tapi tak semestinye superhero ni hanya boleh diminati dari golongan kanak – kanak je kan?

One Question!
Sekiranya anda diberi pilhan untuk memilih SATU kuasa luarbiasa, kuasa apakah yang anda akan pilih?

Well. Aku akan pilih kuasa untuk jadi halimunan. HA! Laju je korang nak fikir bukan – bukan. Aku bukan pervert duh~ Banyak faedahnye kalau kite ni halimunan. But not at all time la.

Hollowman Pictures, Images and Photos


Salah satunye. Aku ni ade satu sifat yang memang sejak azali lagi dah ade. Curious. Aku nak sangat tawu ape yang orang ni rase, orang tu rase. Aku boleh hilang kejap, then aku follow je orang tu anywhere they go. Sampai aku dapat tahu ape yang aku nak tahu. Kalau korang fikir kenapa taknak ade kuasa boleh baca fikiran orang, antara sebab – sebabnya adalah kerana bosan!! Tak thrill langsung.

Yang kedua, aku boleh tahu sama ada pasangan aku jujur atau tak. Bukan tak percaya tapi yang aku nak adalah kepastian. Besides, aku nak gak tahu camne cara hidup dia. Jenis yang malas ke, busuk ke, kemas ke, suke melawan ibu bapa ke, rajin ke, wangi ke, and so on. Time mandi ke, pakai baju ape sume memang aku takkan tengok la. (What? Aku memang baik la……..)

The third one! I can be a detective. Takyah susah – susah nak menyorok la, bagai gadget itu gadget ini nak ikut jejak si pesalah. Sekali lagi aku menggunakan kuasa halimunan aku “INVI!!” (invi = invisible) dan aku terus mengekori orang yang disyak. Oh yeah~

Itu baru tiga! Banyak lagi yang aku boleh buat dengan kuasa ni.Tapi aku tak sure yang mane lagi banyak aku buat. Benda baik ke benda jahat. Hehe~
Ade sebabnya kenapa kita ni takde kuasa luarbiasa. Aku rasa jenayah bukan kurang, bertambah lagi ade. Korang fikir betul – betul. Contoh paling senang, aku “invi”, follow guard yang jaga duit bank, follow dorang masuk pintu kebal tu, pastu sebelum follow dorang kuar, capai la beberapa ribu. (lalalala)

4 Bicara Yang Arif:

Cikbintang said...

sy nk jd doraemon...
poket ajaib...evrythngs ade..ngeee
superhero gak kn heheee

Aliff said...

ahahahaha.. itu superhero ke?

Cikbintang said...

super hero larh 2 aliff...ishh huhu
mberi ptolongn kpd nobita..
hero nobita larh kn hehee

Aliff said...

ahahaha.. sukahati lah layla

Post a Comment