Tuesday, August 31, 2010

Lamunan

wondering Pictures, Images and Photos

Pukul 7.00a.m. 31 ogos 2010. Nothing to do. Still not sleep yet. Listening to A7x.


Wahahaha. Gler betul. Aku rase aku tido tak lame pon malam tadi. Tapi tak bleh tido la plak ini hari. Seriously! Ngantok pown blom lagi ni. Ice? Aku tak amek mende tu. Tapi dizziness tu ade la siket. Hm.


Dah takde mende nak buat sangat. Aku mengelamun la sorang – sorang.


Syarifah Syafiqah adalah manusia pertama yang ade dalam kepala aku ni. Hari ni dia nak balik Matrix da. Tak boleh nak jumpe lagi.(for a week). Dia tak janji nak jumpe aku lagi. Aku suruh dia janji tapi dia jawab “InsyaAllah”. Haih~ Sukahati awaklah kekasihku.


Kenapa manusia ni ada sifat nak show off? Hebat sangat ke kau tu? Kau rasa dah takde orang lagi hebat daripada kau? Come on la weh~ Wake up from your nightmare! Tu sume cuma sementara. Kalau Allah rase nak tarik, sekejap je nikmat tu hilang. Why don’t we share. Syarifah Syafiqah cakap kat aku semalam “Sharing is Caring”.


Dan kau! Kenapa perlu permainkan perasaan orang? Bila orang tak suka kau cari. Bila orang dah sayang kau main – mainkan. Yes! Aku akui kau memang cantik. Dari segi fizikal kau boleh dikategorikan sebagai PERFECT! Katakanlah suatu hari kau terlibat dalam satu kemalangan dan rupa paras tu hilang dalam sekelip mata. Kau rase ade lagi ke orang yang kau boleh jadikan puppet? Takde! Kau dah hodoh. Jari kau dah kudung. Kali ni baru kau tahu yang kau tak boleh ukur ketinggian langit sebab langit tu sangatlah tinggi. Tak salah untuk berubah. Belum lambat pon. Tapi perubahan kau kali ni biarlah yang nyata. Jangan duga kepercayaan kawan – kawan kau buat kali kedua. Sekali orang tak percaya, kau doom!


Cuba muhasabah diri kita. Cukup baik ke kita ni? Kita nak jadi yang terbaik cuma kadang – kadang keadaan sekeliling datang menduga sampai kita kalah dengan keadaan tu.



(Ni lah akibatnye kalau dah takde keje. Ape yang ade kat kepala aku skang ni aku taip je. Sorry pada yang terasa. Padan muka! Hahaha.)




Monday, August 30, 2010

Kuasa Super

nursing home Pictures, Images and Photos

Assalamualaikum wtb~

Setelah beberapa kurun aku tak update blog ni, aku dapat satu idea. Memandangkan sekarang ni masa terluang aku dah banyak sangat so idea merepek – repek mula la menyemak dalam kepala otak aku ni.

Korang suka superhero? Tak kire la dari mane sekali pun. Aku nak cakap kat sini aku memang suke superhero. No offense~ Bukan nak bgtawu yang aku ni tak matured. TIDAK~ Tapi tak semestinye superhero ni hanya boleh diminati dari golongan kanak – kanak je kan?

One Question!
Sekiranya anda diberi pilhan untuk memilih SATU kuasa luarbiasa, kuasa apakah yang anda akan pilih?

Well. Aku akan pilih kuasa untuk jadi halimunan. HA! Laju je korang nak fikir bukan – bukan. Aku bukan pervert duh~ Banyak faedahnye kalau kite ni halimunan. But not at all time la.

Hollowman Pictures, Images and Photos


Salah satunye. Aku ni ade satu sifat yang memang sejak azali lagi dah ade. Curious. Aku nak sangat tawu ape yang orang ni rase, orang tu rase. Aku boleh hilang kejap, then aku follow je orang tu anywhere they go. Sampai aku dapat tahu ape yang aku nak tahu. Kalau korang fikir kenapa taknak ade kuasa boleh baca fikiran orang, antara sebab – sebabnya adalah kerana bosan!! Tak thrill langsung.

Yang kedua, aku boleh tahu sama ada pasangan aku jujur atau tak. Bukan tak percaya tapi yang aku nak adalah kepastian. Besides, aku nak gak tahu camne cara hidup dia. Jenis yang malas ke, busuk ke, kemas ke, suke melawan ibu bapa ke, rajin ke, wangi ke, and so on. Time mandi ke, pakai baju ape sume memang aku takkan tengok la. (What? Aku memang baik la……..)

The third one! I can be a detective. Takyah susah – susah nak menyorok la, bagai gadget itu gadget ini nak ikut jejak si pesalah. Sekali lagi aku menggunakan kuasa halimunan aku “INVI!!” (invi = invisible) dan aku terus mengekori orang yang disyak. Oh yeah~

Itu baru tiga! Banyak lagi yang aku boleh buat dengan kuasa ni.Tapi aku tak sure yang mane lagi banyak aku buat. Benda baik ke benda jahat. Hehe~
Ade sebabnya kenapa kita ni takde kuasa luarbiasa. Aku rasa jenayah bukan kurang, bertambah lagi ade. Korang fikir betul – betul. Contoh paling senang, aku “invi”, follow guard yang jaga duit bank, follow dorang masuk pintu kebal tu, pastu sebelum follow dorang kuar, capai la beberapa ribu. (lalalala)

Monday, August 23, 2010

Ciri - ciri kawan sebenar

Forever Friends Pictures, Images and Photos
Assalamualaikum wtb~

"everyone need a shoulder to cry on
everyone need a friend to rely on.."
-
Tommy Page

Kawan adalah satu elemen yang aku rasa sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Tak kira lah di mana pun kita berada, apa pun yang kita buat, mesti nak ade kawan. Aku tak dapat bayangkan hidup aku sendiri kalau takde kawan - kawan disekeliling aku.

Tapi kan. Korang pasti ke kawan - kawan korang tu sumenye baik? And, be honest to yourself, korang rase korang berjaya ke memainkan peranan sebagai seorang kawan sebenar kepada kawan - kawan korang? Sebenarnye kadang - kadang aku sendiri was - was gak. Diorang tu suke ke aku berkawan ngan diorang, diorang happy ke ngan aku, diorang suke aku ke? Haa. From that issue, i brought to you this entry. Its all about characteristic of a true friend, as a guide to getting know your friends.

1. Apabila anda lupa lagu di dalam hatimu, kawan adalah seseorang yang menyanyikannya
kembali kepada anda. (Helen Steiner)


Bukan maksudnye bila korang terlupa lirik lagu "ku mahu - siti nurhaliza" dan kawan korang tu akan menyanyikan balik lagu tu sambil menari ala - ala siti nurhaliza kat depan korang. Tak! Maksudnye kat sini is your life! Bila mana korang terlupa lirik seterusnye untuk meneruskan hidup korang maka kawan ni lah yang akan menyanyikan lirik tu sampailah korang membuat sesuatu keputusan yang betul. Something like moral support. Itu baru kawan~

2. sokongan seorang kawan adalah tak bersyarat: bila keadaan menjadi sukar kawan
sebenar ada di sebelah anda.

Ni lah sifat kawan yang aku paling suka. Whenever you get tough, a TRUE friend is right beside you. Tak bersyarat tu maksudnye tak kira bila - bila masa dan dalam apa jua kesusahan korang tu. Diorang akan setia membantu sampai la keadaan tu menjadi mudah.
Bayangkan dalam satu perlumbaan larian yang melibatkan dua orang sahaja. Korang memegang rekod pelumba paling pantas dan korang berada di depan dalam race tu, but suddenly korang terjatuh akibat tersepak batu dan menyebabkan korang tak mampu lagi untuk berlari.Then datang lawan korang tu papah korang utk ke garisan penamat sedangkan dia tahu yang kalau dia kalahkan korang dia dah jadi pelumba paling pantas. Lebih kurang camtu la. Paham?

3. Seorang kawan telah melihat anda dalam keadaan paling buruk dan mengasihi anda walaupun anda begitu.

Seorang kawan tak kisah macam mana pun rupa korang, fizikal korang, dan peribadi korang. Dia tetap sayang korang. Korang hensem ke, hodoh ke, bodoh ke, pandai ke, sengal ubi ke, tongong ke, bingai ke, dongoi ke, diorang tetap ade untuk protect korang daripada dihina.
Bukan cam sesetengah orang, bila dah tawu keburukan kawan terus putus talian persahabatan. Siap kutuk kaw - kaw lagi. Tambah pulak depan awek, senang - senang hati dia je nak kutuk seseorang yang pernah jadi kawan dia dulu. Kalau dah camni gaya nak berkawan baik humban je dia kat hutan Amazon.
Jangan sampai suatu hari nanti bila sorang awek tanye dia "Eh, ini kawan u ke? selekeh betol.." then dia jawab "Mane ade!! Tah anak pengemis mane tah datang nak mintak sedekah" Haa.. baru korang tawu.

4.
Kawan adalah tempat anda menyimpan rahsia

Rahsia adalah sesuatu yang pastinya istimewa. Kalau tak berahsia tak best. So, a secret must be keep by someone who really close to us. Kalau dah susah sangat nak simpan rahsia, takyah ade kawan ar. Senang. Tak susahkan orang lain.

5.
Anda boleh menelefon seorang kawan untuk membantu bahkan di tengah malam.

Kalau kite la kan. Tengah sedap dibuai mimpi. Nak2 pulak mimpi jumpa ngan Lisa Surihani. Yang pompuan plak mimpi jumpe ngan Aaron Aziz (contoh). Tibe - tibe korang dengar bunyik fon korang. Rupe - rupenye salah sorang kawan korang.
Sebagai kawan yang setia korang mesti angkat, dengar dan bercakap dengan sebaik mungkin walaupun korang tengah mamai sebab kalau dah kol tengah - tengah malam bute ni mesti ade hal.
Tapi jangan cakap dan dengar je pastu terus tutup fon. At least do something. Kalau diorang ade love problem cube sehabis baik untuk memberikan dia semangat dan kalau boleh hentikan tangisan dia ( kalau dia menangis). Itu kalau love problem. Kalau ade antara kawan kite yang ade masalah kat jalanraya contohnye eksiden, tayar pancit or what so ever, sebagai seorang kawan yang sebenar kite kena tolong! Yeah~

friend Pictures, Images and Photos

6.
Seorang kawan sebenar adalah orang yang jujur dengan anda.


Jujur adalah sifat yang kita jarang jumpa dalam masa sekarang ni. Sama je, baik perempuan baik lelaki. Susah nak jumpa yang betul - betul jujur ngan kita. Nak cari untuk buat lover pon susah inikan pulak nak buat kawan baik.
Yes, sometimes the truth make us hurt tapi ada baiknya kita tahu kebenaran itu daripada kita terus tersiksa ditipu atau menipu. Think about it guys~

7.
Seorang kawan adalah sentiasa membuat anda tertawa dengan jenaka mereka, menyegarkan dan memberi inspirasi disaat anda mereka ketandusan idea.


Semua orang ade perasaan sedih. Betul tak? Kawan yang sebenar takkan membiarkan kawan - kawan mereka muram, suram dan masam. Mereka akan sedaya upaya membuat kite ketawa hingga terpancar seri dimuka kita. Bagi diorang, kalau kita sedih maknenye dia pun turut sedih. Atau lebih tepat untuk aku katakan mereka empati(merasakan kesedihan yang kita alami).

8.
Seorang kawan yang tertarik pada anda bukan untuk apa yang ada pada anda, tetapi siapa anda.

Yang ni aku rase dah kurang sangat dah. Asal kau banyak duit je ramai ah yang nak kawan ngan kau. Cube kau dah takde ape - ape, kau agak dorang nak tolong kau ke? Pada masa kau senang, dengan diorang lah kau lepak, dengan diorang lah kau bergelak ketawa. Tapi kalau kau susah? Aku rase batang hidung diorang pon kau dah tak nampak.
Kite tengok eyh, orang kacak/cun mesti ramai kawan. Korang rase lah kan, kalau la budak kacak/cun tu dah cacat, agak - agak ade ke lagi orang nak lepak ngan die? Haa.. Itu time la baru kita nampak sape yang betul - betul layak dipanggil kawan. Kawan sebenar takkan biarkan kita sorang - sorang walau siapa pon kita. Tak kira lah hensem ke, kacak ke, cun ke, comel ke, kaya ke, sederhana ke, miskin ke. Ingat tu~

9.
Bila mana anda berkongsi mimpi ngeri dengan kawan anda, mereka akan berkata " Apa yang saya boleh bantu?"


Ni yang paling susah kita nak cari. Ini untuk korang yang sukekan tafsir mimpi. Korang dah dapat mimpi ngeri yang bagi korang mimpi tu memberi korang satu makna buruk. Bila mana korang berkongsi masalah mimpi korang tu ngan kawan korang, seorang kawan sebenar akan memberi korang sedikit sebanyak nasihat yang maybe berguna untuk korang contohnya "kau ni percaya sangat ngan mimpi. Mimpi hanya mainan tidurlah beb" Hehehe~

10.
Berfikir tentang "KEPERLUAN" dan "NILAI", sekali anda telah diakui orang "KEPERLUAN" yang memuaskan,
membolehkan anda untuk menjadi orang terbaik yang boleh anda, sebuah kawan akan membantu anda membuat mereka bertemu.

Sekarang kita bersembang soal hati. Apabila seseorang tu dah menjadi "keperluan" bagi mereka yang mempercayai seseorang tu untuk mereka jadikan seorang kawan yang menemukan mereka dengan pasangan mereka.Faham tak?
Boleh dikatakan sebagai perunding cinta la. Kita dah suka kat seseorang tu, then kita bgtahu kat sorang kawan kita yang kita dah suka kat lelaki/perempuan tu, seorang kawan sebenar akan membantu kita selagi mereka mampu sampailah kita bertemu jodoh dengan pasangan kita tu. Walaupun!! pasangan kita tu adalah admirer dorang.Diorang rela simpan hati daripada tengok kita melepas. Itu baru kawan sejati~

Tapi tak semua kawan yang boleh kekal bersama ngan kita. Sampai waktu dan ketika mereka akan pergi. Dan kita pown kena ingat, hargai kawan kita! Sesungguhnya kawan adalah orang yang lebih penting dari kekasih! Jangan sebab kekasih kita putus kawan. Ingat tu kawan - kawan!

Since we met its been you and I, a tear for a tear baby eye for an eye and u know that my heart gonnna cry if you leave me lonely cuz u not just my friend your my homie
-Jarule...Put it on me





Saturday, August 21, 2010

Template Baru

Assalamualaikum wtb.

Untuk pengetahuan korang, aku tak tido lagi ni. Jam dah pukul 5.50am. Punye la bosan. Nak sms Syarifah Syafiqah masing - masing out of credit. Nak bermuka buku, semua sedap tido dah.

Dah bosan sangat, tibe - tibe aku cam rindu lak kat blog aku. Aku bukak je blog aku rase cam ade benda je tak kene. Oh! Template lame. Aku pon amek inisiatif dan kesempatan ini untuk mengubah fizikal blog aku.(sastera tak ayat aku?)

Dan ini lah hasilnye. Aku mintak maaf la sbb tulisan entry - entry aku yang lepas dah jadi kecik. Sayang lak aku nak ubah template laen sbb aku dah jatuh cinta ngan template ni. Korang pon suke an? Aku tahu.(stok perasan gile)

Tapi aku tak diam. aku menggunakan saiz font yang lebih besar pasni. Ini bukan penghujungnye. Nanti aku edit lagi. Letak gambar sikit. Gadget sket. Baru gempak.

Got to go guys. Mate dah sebam. Jom tido.

Friday, August 20, 2010

Majlis Keramaian

Pejam celik pejam celik dah masok bulan Ramadhan dah. Tak lame lagi raye. Sekejap je rasenye mase berlalu. Dan seperti yang korang tau, bulan Ramadhan adalah bulan khas utk orang Islam memperbanyakkan pahala dan mengurangkan dosa. Tapi skang ni, bukan itu isu yang nak aku kongsikan ngan korang.

Tadi aku balek keje agak lambat. Pasalnye aku attend majlis berbuka yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Manjung yakni tempat aku bertapa sebagai pelajar praktikal. Takde ape yang aku harapkan selain perut aku kenyang menjamahi hidangan yang aku harapkan sedap - sedap belaka. Haha.

Sungguh ramai orang yang hadir. Tak kire muda, tua, kecik, besar, baby, but the odd is kenapa kaum India turut hadir?? Itu yang membuatkan aku jadi janggal. Ye. aku tau kite 1Malaysia tapi bagi aku nak 1Malaysia pown bertempat lah.

Come on la. Ini Majlis Berbuka Puasa dan for sure yang berbuka puasa adalah Umat Islam yakni bangsa Melayu. Bukan tak boleh nak jemput kaum lain tapi sorang dua dah la. Aku tak kesah lagi kalau majlis ni takde unsur - unsur keagamaan tapi masalahnye majlis ni diadakan sekali Bacaan Doa Tahlil. Korang pernah nmpak kaum lain dalam Majlis Tahlil?

Sambil umat Islam kat dewan tu menyebut kalimah suci "Lailahaillallah" sambil tu orang India lalu lalang. Come on la. Have some privacy. Ade majlis yang kite boleh kongsi dan ade majlis khas untuk agama kite sendiri.

Aku tak marah. Even aku takde hak nak marah. Cume aku sedikit confuse ngan cara diorang manage majlis. Camne pulak kaum laen boleh ade. Orang lain belum berbuka diorang dah melantak dulu. Bagi aku, itu je dah mencemarkan keharmonian majlis. Ape salah diorang tggu makan sekali. Baru betul caranye kalau gitu.

Haih. Tak faham sungguh. Kalau rumah terbuka laen beb. Korang sendiri boleh fikir ngan logik akal korang.

Aku harap takde lagi perkara - perkara cmni terjadi. Yang malu sape? Kaum kite sendiri.

Wednesday, August 18, 2010

The Snickers

Assalamualaikum wtb

Tengah khusyuk bermuka buku tibe2 aku rase lapar. Aku ni bile dah lapar mesti kepala otak aku akan fikirkan satu jenis makanan. Selalunye makanan yang bermain dalam kepala ni adalah makanan panas. Kali ni tah kenape hati aku meronta – ronta nak mencekik chocolate bars.

Tapi nak makan yang mane eyh. Cadbury? Oh no. Not my taste. Hahaha. Tapi ape je pilihan yang aku ade kat Beruas yang serba kecik ni. Aku pown stat moto tros perambat ke kedai Kuning kat tengah pekan nun. Sambil bawak motor aku dah fkir nak makan yang mane dan aku memutuskan utk makan Kit Kat Chunky! Lame ta kunyah mende alah tu. Sampai2 je kedai aku capai Nescafe Ais dulu. Pastu melilau cari Kit Kat Chunky tu. Cari punye cari haram tak jumpe. Rupenye2 “aney” kdai tu pown tak tawu yang Kit Kat ade yang jenis bar. Dy jual Kit Kat fingers tu je. Takpe la. Takde rezeki aku. Last – last, aku maleh nak pk dah, aku capai je Snickers yang aku nmpak mase nak ambik Nescafe Ais tadi.
Aku bayar, aku balik.

Sambil melayan lagu – lagu yang aku import daripada Mad, aku pown kunyah la mende alah tu. Pergh! Korang faham sendiri je la. Makan mende ni bukan boleh laju – laju. Lenguh otot – otot mulut ni. Hehehe. So, dah terlanjur aku makan Snickers, jom aku tunjukkan serba sedikit info mengenai bar coklat yang terkenal ni.

__________+*+*+__________
Snickers adalah bar coklat yang dibuat oleh Mars Incorporated. Ianya terdiri daripada nougat kacang yang di lapiskan dengan kacang goreng dan karamel dan disaluti coklat susu. Snickers adalah bar coklat terlaris sepanjang masa dan mempunyai jualan global tahunan US $ 2 bilion.

Original The Snickers ni dulu dijual sebagai Marathon di United Kingdom dan Ireland.

Kite sedap je mengunyah kan? Ni aku nak bgtawu ape yang ade dalam bar ni.

Susu coklat (gula, cocoa butter, coklat, susu skim, laktosa, lemak susu, lesitin soya, aroma buatan), kacang tanah, sirap jagung, gula, susu skim, mentega, lemak susu, minyak soya separuh hidrogenasi, laktosa, garam, putih telur dan buatan rasa.

Takde kod ‘E’ kan? Hehehe.
Yang kite slalu jumpe kat sini cume satu jenis Snickers je kan? Plastik dy warne hitam. Kalau korang nak tawu, Snickers ni berubah – ubah dalam satu jangka masa. Bukan berubah la. Tambah keluaran.

• 1970: Snickers Munch
• 1989: Snickers Ice Cream bar
• 1996: Snickers Ice Cream cone
• 2001: Snickers Cruncher bar (rebranded Snickers Munch in some markets, still sold as "Cruncher" in Germany, Egypt, Poland, Latvia, Austria, Slovakia, Israel, Sweden and The Netherlands)
• 2002: Snickers Almond bar
• 2002: Cookies & Snickers
• 2004: Snickers Marathon energy bars
• 2006: Snickers Duo
• 2006: Snickers Xtreme (5 grams (0.18 oz) of protein per serving, lack of nougat)
• 2007: Snickers Dark (dark chocolate)
• 2008: Snickers Charged (limited edition, contains caffeine, taurine and B vitamins)
• 2008: Snickers The Lot (Crispy pieces in a thick cream, caramel, sprinkled with a large amount of nuts, covered in chocolate (Australia and New Zealand)
• 2009: Snickers Fudge
• 2010: More Nuts, a limited edition featuring 10% higher nut content
Others include:
• Snickers fun size (also called minis)
• Snickers Flapjack
• Peanut Butter Snickers
• Snickers Gold
• Snickers Cake
• Snickers Ice Cream (brownies, bars, tubs, and cones)
• Snickers Nut N Butter Crunch
• Snickers Crazy Peanuts (limited edition, sold in Czech Republic, Denmark, Estonia, Finland, Germany, Hungary, Latvia, Lithuania, Norway, Poland, Slovakia and Slovenia)
• Snickers Hard (limited edition, sold in Armenia, Czech Republic, Latvia, Lithuania, Poland and Slovakia)
• Snickers 220 V (limited edition, contains guarana and L-carnitine, sold in 2007 in Slovakia and Poland)
• Snickers P'opables
• Snickers Hazelnut (Australia, Poland, Duo bar)
• Snickers Maximus (limited edition, extra chewy caramel, no nougat, sold in New Zealand & Germany only)
• Snickers miniatures in Celebrations
• Snickers Maple (limited edition, sold in Canada only)
• Snickers with Green Filling (limited edition, sold as a tie-in with the movie Shrek the Third.
• Snickers Adventure Bar (limited edition, sold as Indiana Jones promotion, chocolate, nuts, spice, and coconut flavor)
• Snickers Rockin' Nut Road (limited edition, sold as Rocky Nut Road in Canada, contains almonds, caramel, marshmallow flavored nougat, dark chocolate)
• Snickers Chocolate Spread
(sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Snickers)


Snickers aku pown dah abes aku baham so setakat ni je kot pembelajaran kite pasal bar coklat yang berlemak ni. Hehe. Kalau korang terasa teruja nak tawu lebih pasal Snickers, boleh terus ke website dorang – www.snickers.com (agak – agak korang aku dapat upah tak sbb promote produk dorang?)
Adios!

Tuesday, August 17, 2010

Jenis - jenis blogger

Assalamualaikum wtb

Selamat berpuasa dan selamat berbuke juge aku ucapkan kat sahabat - sahabat aku a.k.a korang yang membaca ni. Amacam? Dah seminggu kite berpuasa. Ape yang korang rase? Harap - harap bulan Ramadhan tahun ni membuahkan hikmah utk kite semua. ye dak?


Kalau dah berpuasa tu maknenye masa aku terasa lapang siket. Mane taknye. Kalau tak, pantang lepa, mesti nak ade benda utk dikunyah. Ni dah masok bulan Ramadhan ni memang terluanglah siket mase aku. Ade yang keje tu sejahteralah dengan kerja mereka. Yang bersekolah, atas meja memang basahlah ngan air liur basi. Tapi aku, sekarang ni dah rajin nak merayap dari satu blog ke satu blog. Dan dari situ aku dapat satu idea utk buat satu Entry berkenaan dengan cara para – para blogger menyemakkan blog dorang.


1. Menceritakan kisah hidup dan perasaan.


Ni lah jenis blog yang paling “common” aku jumpe. Mesti nak cerita pasal diri dorang, bf dorang, gf dorang, perasaan, marah lah, tension la, dan semua hal berkaitan dengan diri masing - masing. Dorang jadikan blog dorang sebagai diari siber. Ape yang dorang buat, ape yang dorang rase semuanya dorang muatkan dalam blog dorang sebagai tatapan utk pembaca – pembaca dorang.


Bagi aku blog camni okay je. Cume kadang – kadang citarasa para pembaca tak sama. Yelah kan, asyik nak cerita pasal diri sendiri je, cam diri dy tu artis je. Hehe. Tapi lantak dialah. Dia punye blog. Kita yang membaca ni kalau bosan cari la blog lain.


2. Memberikan info – info yang bagus


Blog jenis ni aku suke. Tak kire lah dari segi ape pown kan. Ade yang bagi info pasal perihal komputer, kesihatan, masakan, permotoran, macam – macam lagi la. Ape yang aku suke pasal blog jenis camni adalah kadang – kadang info yang dorang bagi tu langsung aku tak terfikir utk cari dalam Search Engine.


Sebenarnya benda – benda yang dorang bagi tu sume aku brani cakap 80% dorang amek dari Internet. Tapi okay la kan. Kire cam dorang tolong carikan utk kite. Dan aku ucapkan terima kasih utk dorang.


3. Mengkritik hal ehwal semasa


Ini pown aku suke gak. Haha. Bukan sebab ape. Seronok untuk dibaca. Ade je hal dy nak kritik. Itu salah, ini salah. Kadang – kadang aku gelak je bace blog jenis ni. Orang tak kacau dy pown sebenarnye tapi “maybe” dia terasa “annoyed”.


Yang bagusnya dorang ni. Dorang alert tentang hal – hal sekeliling dorang. Aku suke!


4. Buat entry yang panjangnye cam status Fesbuk.


Pergh! Yang ini aku tak tahan. Blog dah cukup fancy dah. Followers boleh tahan lah banyak. Tapi entry – entry yang aku bace, sorry to say tak menarik langsung. Yang aku herannye ade je yang follow. Ape yang dorang bace tah. Haih.



Tapi, ape – ape hal pon itu sume hak individu. Aku cume bertinta berdasarkan ape yang aku baca. Maaf kalau ade yang terasa hati. Peace guys!!

Monday, August 16, 2010

Having Trouble

Assalamualaikum wtb.

Yaw~

Having trouble with my one and only Laptop!!!! aduh.

1.Windows aku tak genuine. Bile aku nak genuinekan aku pown ta tawu. tah cmne ari tu setup utk update bleh on. Aku ta pasan kot ble aku onkan. Yela, windows pirate ni ble skali dah update dy detect windows yang kite pakai ni pirate mmg abes ar.

2. Antivirus. Ini lagi satu problem yang aku alami sejak azali lagi. Tak pernah nak permanent. Elok dah ari tu pakai avira pastu cmne member aku boleh deletdy ganti ngan windows defender. Last2 software tu pown expired. Bagus an kawan aku tu. Baru 2hari lepas Norton Trial Version dah expired. Mane lak aku nak cari antivirus lagi ni. Mad! Tolong aku mad.

3. Google. Ni problem baru. Baru aku tawu Search Engine pown bleh kne virus. Aku ta tawu la kne virus ke tak tapi ble aku try open Facebook, dy jadi cam ta complete je website tu. Try open website laen dy jadi lambat nak mampos. Haih~ Macam2.



Saye ni bukanlah buta IT cume kurang pengetahuan skeyt pasal software2 ni sume. So sape2 kat lua sane yang ade penyelesaian untuk masalah aku ni takyah la ngade2 nak kedekut. Fb aku ade an. Tolong2 la IM. Adios~

Sunday, August 15, 2010

Cinta Lama


Assalamualaikum wtb.

Yaw~


Dekat 4bulan handphone aku ni senyap je. Maksud aku takde seorang gadis yang kerap menghantarkan Short M
essage Service kat aku. Baru aku perasan yang hidup memang sunyi tanpa cinta. Huhu. Sape yang nak sangkal ayat aku tadi baek korang lupekan je niat korang. Aku penah gak ego utk cube hidup tanpa cinta tapi takleh. Naluri setiap manusia beb. Mesti ingin dicintai.

Tapi skang aku dah ta sunyi dah. Dah ade teman sebelum tido, teman nak luahkan rase, teman nak bersembang, teman yang sentiasa ada utk aku. Bukanlah baru sangat dia ni. Aku dah masak perangai dy and dy pown dah masak ngan perangai aku. Kitorang pernah bercinta dulu. Lame gak la. 2tahun lebih. Pastu aku screw up! Tah jin ape tah merasuk aku smpai aku runtuhkan kepercayaan dy kat aku. Oh yeah i'm the fool.

Then. After 1 year and 2 months aku ta jumpe dy, pada tarikh 8.8.2010, rezeki Allah pertemukan kami berdua. Sumpah rindu sangat kat dy! Dy makin comel skang. Makin cheeky. Hehehe.
Lepas pada tu aku rase aku dah jatuh cinta balik ngan dy. Oh yes. Aku ta cakap banyak. Mlm 12.8.2010 aku pujuk dy. Aku luahkan segala rase yang jelas terpendam dalam hati aku ni. Dan dy sudi terima aku balik. Wah!!! The best moment of my life. Huhuhuhu.

Malam tu jugak aku tuka relationship status. Engage terus. wahahaha. Korang nak tawu sape? Hehehehe. Korang dah tawu dah kot.

Okay la geng. Sampai ketemu lagi .

.

Syarifah Syafiqah binti Syed Mohamed. Saye sayang awak sangat - sangat!