Saturday, January 22, 2011

Hati Berbunga

Come on aliff. ape dah jadi ni? Kenapa hati aku berbunga - bunga sangat ni.

Yeah. Im listening to Bon Jovi. aku baru sedar yang lagu - lagu diorang sangat best. Best yang macam mane aku tak boleh nak terangkan.

Aku pernah dengar orang cakap yang lagu Michael Jackson - You are not alone membuatkan seseorang tu dalam hati dia ade rama - rama tengah terbang. Maknanya lagu tu betul - betul layan ar.

Tapi bile aku dengar lagu Bon Jovi - Always tibe - tibe aku rase satu feelings yang pelik. Tersentuh abis la. No wonder la berjuta peminat Rock Band ni. Diorang memang betul - betul hebat.

Aku tertanya - tanya, kenapa kat Malaysia ni takde band yang macam ni. Agak - agak la, kalau ade satu band yang mempertaruhkan lagu yang berkonsepkan macam Bon Jovi ni laku tak.

Bon Jovi Rocks!!

Tuesday, November 30, 2010

I am Normal!


See!!!

Friday, November 26, 2010

Ni lagi satu gedik

Hari kian berlalu pergi. Semakin hari semakin mencabar. Ape gune mengalah sebelum berperang. Angkat senapang ayuh berjuang.
Amacam ayat aku? Power? Eh! Takde aku rajin sangat nak copy lirik siapa - siapa.
Tah macam mane ayat tu boleh terkeluar dari otak aku yang sedia bernas ni. ahaks~

Dunia praktikal dah berlalu. Ni nak tempuh satu lagi satu sem and then i'll get my cert. yes! Teman amek cert je. Tak layak nak amek yang tinggi. teman bukan pandai beno.

Ni tengah cuti ni memang aku abeskan mase depan laptop la. Dalam pada aku abeskan masa ni aku pown merayap la dari satu blog ke satu blog. Nak cerita kat korang pasal beberapa blogger yang bagi aku kurang menyenangkan la. Bukan nak cakap aku ni "turrrrbaek" or what so ever la kan. Cume nak mengingatkan sambil aku muhasabah diri aku ni jugak.

Nak blogging tu blogging lah. takde sape nak kacau pon. Cume korang kena fikir yang korang tulih tu sume ade orang yang bace. yang bukak blog korang tu belum tentu sebaya. Mungkin lebih tua dan mungkin lebih muda. Tak mustahil diorang akan bukak kalau dah korang taruk link tu kat facebook korang.

So aku nak ingatkan tak perlu nak menulis perkataan - perkataan yang boleh dikategorikan sebagai MENCARUT. Ye. Aku faham korang marah tapi aku rase (cth: fuck, puki, babi, lancau, sial, dll) tak perlu kot. Especially perempuan. Tak manis lah.

Nak marah pon marah la. Aku yang lelaki ni jadi malu bila perempuan sebut mende - mende camtu. Sape - sape yang marah ble bace post ni aku mintak maaf tapi aku nak korang fikir balek rasional dia. Orang laen pon blogging gak. Tapi takde lah emosi sangat sampai nk mencarut bagai. Hehehe. Sikit - sikit cukup lah.

see you then fellas~

Monday, November 8, 2010

Kisah Cinta (Mari Baca)

Pagi - pagi lagi dah fikir pasal cinta. Jom layan dua kisah cinta yang aku jumpa ni.

CINTA SEEKOR CICAK

Ketika sedang mengubahsuai rumah, seorang pemuda cuba meruntuhkan suatu tembok. Rumah di Jepun biasanya memiliki ruang kosong di antara tembok yang diperbuat dari kayu. Ketika tembok itu mulai roboh, dia menemui seekor cicak yang terperangkap di antara ruang kosong itu kerana kakinya melekat pada sebatang paku.Dia berasa kasihan sekaligus hairan. Lalu dia memerhati paku itu, ternyata paku tersebut telah ada disitu 10 tahun lalu ketika rumah itu pertama kali dibina.

Apa yang terjadi? Bagaimana cicak itu dapat bertahan dengan keadaan terperangkap selama 10 tahun??? Dalam keadaan gelap selama 10 tahun, tanpa bergerak sedikit pun, itu adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk akal.Pemuda itu lalu berfikir, bagaimana cicak itu dapat bertahan hidup selama 10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak kakinya melekat pada paku itu!Pemuda itu lalu menghentikan pekerjaannya dan memperhatikan cicak itu, apa yang dilakukan dan apa yang dimakannya hingga dapat bertahan.

kemudian, tidak tahu dari mana datangnya, seekor cicak lain muncul dengan makanan di mulutnya.... AHHHH!Pemuda itu berasa terharu melihat hal itu. Ternyata ada seekor cicak lain yang selalu memperhatikan cicak yang terperangkap itu selama 10 tahun.

Sungguh ini sebuah cinta...cinta yang indah. Cinta dapat terjadi bahkan pada haiwan yang kecil seperti dua ekor cicak itu. Apa yang dapat dilakukan oleh cinta? tentu saja sebuah keajaiban.Bayangkan, cicak itu tidak pernah menyerah dan tidak pernah berhenti memperhatikan pasangannya selama 10 tahun. Bayangkan bagaimana haiwan yang kecil itu dapat memiliki kurnia yang begitu mengagumkan.

Aku tersentuh bile bace cerita ni. Lalu aku mula berfikir tentang hubungan yang terjalin antara keluarga, teman, kekasih, saudara lelaki, saudara perempuan..... Seiring dengan berkembangnya teknologi, akses kita untuk mendapatkan informasi berkembang sangat cepat. Tapi tak peduli sejauh apa jarak diantara kita, berusahalah semampunya untuk tetap dekat dengan orang-orang yang kita kasihi.

JANGAN PERNAH MENGABAIKAN ORANG YANG ANDA KASIHI!!!


Hargai Air Mata Wanita

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"
"Karena aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
"Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?""Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Tuhan berkata:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk diteteskan.Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan kapan pun ia butuhkan."

"Kau tahu:Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada."

Thursday, October 28, 2010

Sekembalinya beliau.

Assalamualaikum wtb.

Baru je beberapa post aku yang lepas aku dedicatekan untuk dia. Bukanlah secara langsung tapi ade la aku selitkan nama dia dalam post aku.

Dengar cerita sekarang dia dia dah mucul semula secara BERLELUASA di kaca tv dan filem. dalam bahasa kite dah market balek. Wah!

Baru - baru ni aku pun terkejut. Aku tengok dia berlakon balek. Bukan berlakon je. Dia pun dah mule muncul dalam tv show sejak kebelakangan ni. Kalau korang perasan lah.
Aku cerita ni korang tawu tak sape?

FASHA SANDHA!


Fasha Sandha Pictures, Images and Photos
Bukan la ape. AKu pelik. Takkan lepas dia bace blog aku dia terus naik kot. (^_^)
Kebetulan je semua tu. Anyway selamat maju jaya Fasha Sandha.

p/s: aku tak tahu pulak fasha sandha jadi silent reader blog aku. =D

Wednesday, October 27, 2010

Hari Kemalasan

Assalamualaikum wtb.

Kemalasan!!! sakit yang tak pernah lekang. Jangan nak kata aku je. Kau pun same! Kau la! Yang tengah layan blog aku ni. Kau pun ade sakit tu jugak. So, kita serupa.

Hari kemalasan eyh. Sebenarnya hari - hari pun malas. Tapi hari ni aku rase malas tu lebih sikit. Pagi tadi aku bangun, mandi. Lepas aku tutup air shower aku dengar ade bunyik shower lagi. Sekali air hujan mencurah - curah ke ladang gandum daa. Maka jadilah KoKo Krunch! (=.=")

Dan - dan tu pulak badan yang segar lepas mandi jadi malas. Mengenangkan heningnya pagi tu, dengan cuaca pulak provoke aku untuk memeluk kembali bantal peluk aku yang dah macam pocong tu. Haha. Serius doh~ Macam pocong dah. Kan bantal peluk an ade sarung dia kat hujung dia tu. Lepas tu getah sarung tu dah longgar. Nampak tak kemas la. Mak aku cakap jangan membazir beli yang baru. Ikat je. Aku pun ikat la hujung dia tu. (^_^)

Habis citer pasal bantal aku.

Baru teringat! Camne aku na gerak g keje ni. Haiyaaaa. Last2 aku message En. Sharil bgtawu aku datang lambat siket. SEKALI pukul 10.45 baru sampai ofis. Bagus kan. Nasib baik lah ari ni thumbprint machine( macam punchcard la) rosak. Takde la rosak kehadiran aku. Walaupun hari - hari attendance aku merah. (-_-)

Sampai - sampai je ofis aku buat tengin je terus landing atas meja. Ahahahaha. Terbaek betol.

Ahah! Nak bgtawu korang yang Fz aku kini sudah bertukar rupa. Takde la bertukar sangat. Ade la sedikit modification aku buat. Nanti kalau aku rajin aku upload bagi korang tengok. Kot - kot la berkenan. Boleh jadi geng aku. Hehehe. Gotta guys! Tata.

Thursday, October 21, 2010

Sorang - sorang

Member - member aku da ramai yang habis tempoh praktikal diorang. So skarang ni aku cube menjinakkan diri aku untuk cari kawan lain. Bukan ape pun. mase diorang ade, diorang la tempat aku merepek meraban, makan same- same. Sekarang ni dah takde dah. Kena la cari member baru.

Aku dah makin rapat dengan bro - bro yang ade kat MPM ni. Takde la rapat sangat. Tapi bolehlah. Time breakfast diorang la member. Ape yang diorang sembang aku dengar je la. kadang - kadang ade la nyelit sikit - sikit. Kang kalau aku buat kepala aku kang diorang kata aku over pulak. Maleh ler.

Most of the time kat MPM ni aku sorang - sorang aku je. Lunch? Ni yang sedih nak citer ni.
Ada sekali tu aku lepak Mapley. As usual la, mensorangkan diri. perot dah kenyang aku pun nak gerak la. Dan - dan pulak sorang staff MPM ni tegur aku.
"Sorang saja ka? Mana lu punya girlfriend?" (dia India)
Ape yang aku mampu buat? Senyum je la.

Kadang - kadang aku segan gak lepak sorang - sorang ni. Risau pulak ade orang ingat aku ni boring sangat sampai takde orang nak berkawan ngan aku. Ade jugak aku ajak member makan sekali tapi diorang taknak. Sibuk katanya. Takpe lah. Bukan mati pun makan sorang. Bosan tahap nak mati tu ade la siket.

Alang - alang citer pasal kawan an, skarang ni aku dah makin rapat ngan budak motor. Bukan rempit, tapi motor. Beza tu beb.
Sabtu lepas aku dah ikut satu group motosikal ni gerak konvoi sampai ke Penang nun. Seronok sangat. Ape yang seronok?

Satu. Bergerak dalam satu kumpulan memang best. Atas highway tu jangan cakap la. Orang memandang je. Pergh! Megah jelas terasa kat hati ni. Tapi bukan itu yang nak ditonjolkan. Tapi hakikatnya itulah yang aku rase. Siapa yang biasa berkonvoi tahu lah perasaannye.

Dua. Diorang tak kerek. Boleh dikatakan aku la yang paling mude dalam group tu. Tapi relax je. Makan same - same. Gerak same - same. Lepak same - same. Memang berbeza ar ngan bro - bro yang ade kat tempat keje aku ni. Bro motor ni aku senang nak rapat sebab kitorang ada minat yang sama. So setiap kali lepak mesti sembang pasal motosikal. So aku tak bosan and diorang pown tak bosan.

-dua sebab cukup ar kot-

Kadang - kadang aku pelik ngan sifat - sifat manusia ni. Tak kira la kau ada pangkat besa mane pon. Tak payah la nak kerek sangat. Kita semua same je. Makan ikut mulut jugak. Satu hari nanti kain kapan gak yang balut kite. Takdenye orang nak balut kau ngan kain sutera ke, kain songket ke.

Point: Tak payah kerek. Kite ni same je. Kalau nak diikutkan pangkat. Nabi Muhammad tu lagi tinggi pangkatnya tapi korang fikir sendiri la camne dial layan umat dia. Peace.This emoticon has been enhanced by Facicons