Monday, August 23, 2010

Ciri - ciri kawan sebenar

Forever Friends Pictures, Images and Photos
Assalamualaikum wtb~

"everyone need a shoulder to cry on
everyone need a friend to rely on.."
-
Tommy Page

Kawan adalah satu elemen yang aku rasa sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Tak kira lah di mana pun kita berada, apa pun yang kita buat, mesti nak ade kawan. Aku tak dapat bayangkan hidup aku sendiri kalau takde kawan - kawan disekeliling aku.

Tapi kan. Korang pasti ke kawan - kawan korang tu sumenye baik? And, be honest to yourself, korang rase korang berjaya ke memainkan peranan sebagai seorang kawan sebenar kepada kawan - kawan korang? Sebenarnye kadang - kadang aku sendiri was - was gak. Diorang tu suke ke aku berkawan ngan diorang, diorang happy ke ngan aku, diorang suke aku ke? Haa. From that issue, i brought to you this entry. Its all about characteristic of a true friend, as a guide to getting know your friends.

1. Apabila anda lupa lagu di dalam hatimu, kawan adalah seseorang yang menyanyikannya
kembali kepada anda. (Helen Steiner)


Bukan maksudnye bila korang terlupa lirik lagu "ku mahu - siti nurhaliza" dan kawan korang tu akan menyanyikan balik lagu tu sambil menari ala - ala siti nurhaliza kat depan korang. Tak! Maksudnye kat sini is your life! Bila mana korang terlupa lirik seterusnye untuk meneruskan hidup korang maka kawan ni lah yang akan menyanyikan lirik tu sampailah korang membuat sesuatu keputusan yang betul. Something like moral support. Itu baru kawan~

2. sokongan seorang kawan adalah tak bersyarat: bila keadaan menjadi sukar kawan
sebenar ada di sebelah anda.

Ni lah sifat kawan yang aku paling suka. Whenever you get tough, a TRUE friend is right beside you. Tak bersyarat tu maksudnye tak kira bila - bila masa dan dalam apa jua kesusahan korang tu. Diorang akan setia membantu sampai la keadaan tu menjadi mudah.
Bayangkan dalam satu perlumbaan larian yang melibatkan dua orang sahaja. Korang memegang rekod pelumba paling pantas dan korang berada di depan dalam race tu, but suddenly korang terjatuh akibat tersepak batu dan menyebabkan korang tak mampu lagi untuk berlari.Then datang lawan korang tu papah korang utk ke garisan penamat sedangkan dia tahu yang kalau dia kalahkan korang dia dah jadi pelumba paling pantas. Lebih kurang camtu la. Paham?

3. Seorang kawan telah melihat anda dalam keadaan paling buruk dan mengasihi anda walaupun anda begitu.

Seorang kawan tak kisah macam mana pun rupa korang, fizikal korang, dan peribadi korang. Dia tetap sayang korang. Korang hensem ke, hodoh ke, bodoh ke, pandai ke, sengal ubi ke, tongong ke, bingai ke, dongoi ke, diorang tetap ade untuk protect korang daripada dihina.
Bukan cam sesetengah orang, bila dah tawu keburukan kawan terus putus talian persahabatan. Siap kutuk kaw - kaw lagi. Tambah pulak depan awek, senang - senang hati dia je nak kutuk seseorang yang pernah jadi kawan dia dulu. Kalau dah camni gaya nak berkawan baik humban je dia kat hutan Amazon.
Jangan sampai suatu hari nanti bila sorang awek tanye dia "Eh, ini kawan u ke? selekeh betol.." then dia jawab "Mane ade!! Tah anak pengemis mane tah datang nak mintak sedekah" Haa.. baru korang tawu.

4.
Kawan adalah tempat anda menyimpan rahsia

Rahsia adalah sesuatu yang pastinya istimewa. Kalau tak berahsia tak best. So, a secret must be keep by someone who really close to us. Kalau dah susah sangat nak simpan rahsia, takyah ade kawan ar. Senang. Tak susahkan orang lain.

5.
Anda boleh menelefon seorang kawan untuk membantu bahkan di tengah malam.

Kalau kite la kan. Tengah sedap dibuai mimpi. Nak2 pulak mimpi jumpa ngan Lisa Surihani. Yang pompuan plak mimpi jumpe ngan Aaron Aziz (contoh). Tibe - tibe korang dengar bunyik fon korang. Rupe - rupenye salah sorang kawan korang.
Sebagai kawan yang setia korang mesti angkat, dengar dan bercakap dengan sebaik mungkin walaupun korang tengah mamai sebab kalau dah kol tengah - tengah malam bute ni mesti ade hal.
Tapi jangan cakap dan dengar je pastu terus tutup fon. At least do something. Kalau diorang ade love problem cube sehabis baik untuk memberikan dia semangat dan kalau boleh hentikan tangisan dia ( kalau dia menangis). Itu kalau love problem. Kalau ade antara kawan kite yang ade masalah kat jalanraya contohnye eksiden, tayar pancit or what so ever, sebagai seorang kawan yang sebenar kite kena tolong! Yeah~

friend Pictures, Images and Photos

6.
Seorang kawan sebenar adalah orang yang jujur dengan anda.


Jujur adalah sifat yang kita jarang jumpa dalam masa sekarang ni. Sama je, baik perempuan baik lelaki. Susah nak jumpa yang betul - betul jujur ngan kita. Nak cari untuk buat lover pon susah inikan pulak nak buat kawan baik.
Yes, sometimes the truth make us hurt tapi ada baiknya kita tahu kebenaran itu daripada kita terus tersiksa ditipu atau menipu. Think about it guys~

7.
Seorang kawan adalah sentiasa membuat anda tertawa dengan jenaka mereka, menyegarkan dan memberi inspirasi disaat anda mereka ketandusan idea.


Semua orang ade perasaan sedih. Betul tak? Kawan yang sebenar takkan membiarkan kawan - kawan mereka muram, suram dan masam. Mereka akan sedaya upaya membuat kite ketawa hingga terpancar seri dimuka kita. Bagi diorang, kalau kita sedih maknenye dia pun turut sedih. Atau lebih tepat untuk aku katakan mereka empati(merasakan kesedihan yang kita alami).

8.
Seorang kawan yang tertarik pada anda bukan untuk apa yang ada pada anda, tetapi siapa anda.

Yang ni aku rase dah kurang sangat dah. Asal kau banyak duit je ramai ah yang nak kawan ngan kau. Cube kau dah takde ape - ape, kau agak dorang nak tolong kau ke? Pada masa kau senang, dengan diorang lah kau lepak, dengan diorang lah kau bergelak ketawa. Tapi kalau kau susah? Aku rase batang hidung diorang pon kau dah tak nampak.
Kite tengok eyh, orang kacak/cun mesti ramai kawan. Korang rase lah kan, kalau la budak kacak/cun tu dah cacat, agak - agak ade ke lagi orang nak lepak ngan die? Haa.. Itu time la baru kita nampak sape yang betul - betul layak dipanggil kawan. Kawan sebenar takkan biarkan kita sorang - sorang walau siapa pon kita. Tak kira lah hensem ke, kacak ke, cun ke, comel ke, kaya ke, sederhana ke, miskin ke. Ingat tu~

9.
Bila mana anda berkongsi mimpi ngeri dengan kawan anda, mereka akan berkata " Apa yang saya boleh bantu?"


Ni yang paling susah kita nak cari. Ini untuk korang yang sukekan tafsir mimpi. Korang dah dapat mimpi ngeri yang bagi korang mimpi tu memberi korang satu makna buruk. Bila mana korang berkongsi masalah mimpi korang tu ngan kawan korang, seorang kawan sebenar akan memberi korang sedikit sebanyak nasihat yang maybe berguna untuk korang contohnya "kau ni percaya sangat ngan mimpi. Mimpi hanya mainan tidurlah beb" Hehehe~

10.
Berfikir tentang "KEPERLUAN" dan "NILAI", sekali anda telah diakui orang "KEPERLUAN" yang memuaskan,
membolehkan anda untuk menjadi orang terbaik yang boleh anda, sebuah kawan akan membantu anda membuat mereka bertemu.

Sekarang kita bersembang soal hati. Apabila seseorang tu dah menjadi "keperluan" bagi mereka yang mempercayai seseorang tu untuk mereka jadikan seorang kawan yang menemukan mereka dengan pasangan mereka.Faham tak?
Boleh dikatakan sebagai perunding cinta la. Kita dah suka kat seseorang tu, then kita bgtahu kat sorang kawan kita yang kita dah suka kat lelaki/perempuan tu, seorang kawan sebenar akan membantu kita selagi mereka mampu sampailah kita bertemu jodoh dengan pasangan kita tu. Walaupun!! pasangan kita tu adalah admirer dorang.Diorang rela simpan hati daripada tengok kita melepas. Itu baru kawan sejati~

Tapi tak semua kawan yang boleh kekal bersama ngan kita. Sampai waktu dan ketika mereka akan pergi. Dan kita pown kena ingat, hargai kawan kita! Sesungguhnya kawan adalah orang yang lebih penting dari kekasih! Jangan sebab kekasih kita putus kawan. Ingat tu kawan - kawan!

Since we met its been you and I, a tear for a tear baby eye for an eye and u know that my heart gonnna cry if you leave me lonely cuz u not just my friend your my homie
-Jarule...Put it on me





0 Bicara Yang Arif:

Post a Comment