Friday, July 30, 2010

Kantoi Sudah

Assalamualaikum wtb~

Yaw~

Cik Nur Atila Eliani. Name seorang gadis yang telah mengantoikan aku. Shifty

Citenye, semalam Cik Nur Atila Eliani dan membernye Cik Diyana Musfirah dah add facebook aku. Oh Yeah~ Seperti yang korang tawu la kan. Aku memang ade letak link Blog aku kat page aku tu.
Then Cik Nur Atila ni pown bukak la. Itu yang best!
Yang tak bestnye!!!

Dy dah bace post yang aku pernah buat psl dy dulu.
Korang tak tawu yang mane?? korang cari kat archive aku tu tajuk dy "Happy Moment". Gadis yang namenye Ila tu, name penuh dy Nur Atila Eliani. Ha! Tak ke kantoi di situ.

Dan ape lagi. Keseganan jelas terasa la beb. Nasib baek dorang dua orang je yang bace blog aku ni. Kalau lagi ramai, memang aku tak pegi la Jabatan Kesihatan tu lagi. Rela turun naik tangga. Wahahaha.

p/s: Cik Nur Atila: Jangan ngade2 nak marah eyh

Monday, July 26, 2010

Orang Tengah

Assalamualaikum wtb

Yaw~

Saludos a mis lectores! (konon2 nak speaking spanish) Hehe. Maksudnya Salam sejahtera pembacaku! Tapi bukan itu yang aku nak cerita kat korang sume.

Korang pernah rase jadi orang tengah? Tak kire la dalam ape jua situasi pown. Ape yang korang rase? Sedih? Seronok? Suke? Macam2 lah kan. Actually, it is depends on the situation. Kadang - kadang kalau kite berjaya membawa watak sebagai orang tengah memang kite rase gembira. Tapi akan jadi sedih kalau kite yang bergelar orang tengah ni tibe2 menjadi punca sesuatu masalah. Elok masalah tu kecik jadi besar pulak angkara kite. Tu yang tak best tu.

__________*+*+*__________

Situasi orang tengah ni terjadi pada diri aku semalam. Aku dah banyak kali jadi orang tengah ni sebenarnya. Dan banyak dah kes yang aku selesaikan. Tapi tak semua la. Betul la orang kata, makin meningkat umur kite, makin mencabar dugaan yang bakal kite hadapi.

Kes kali ni melibatkan orang yang paling hampir dan paling aku sayangi. Yes! My dad and my mom. Korang bayangkan la sendiri. Mengadili ibu bapa sendiri.

Bukan niat aku nak aibkan keluarga aku sendiri. Aku cuma nak share ngan korang pengalaman aku.

Isunye taklah besar mane. Kes ni bermula bila ayah aku membangkitkan satu isu ngan aku. So kitorang berbincanglah. Sampai lah tyme ibu aku mencelah. Maka topik yang baru aku bincangkan ngan ayah aku tadi beralih kepada topik lain. Sampailah keadaan menjadi semakin tegang. Ayah aku dah mule meninggikan suara. And my mom dah mule mengalirkan airmata. Aduh. Perasaan aku dah mule lain. Macam2 yang ade dalam paleotak aku ni.

"Salah aku ke?"

"Ape yang aku dah buat ni?"

"Aduhh.. Ni yang aku tak gemar ni"

"Ish.. Hmm.. Wargh"

Hampir sepuluh minit bertikam lidah then ayah aku tanye.

" Pada pendapat kamu bang, Sape yang betol??"

Pergh!! Soalan yang sangat membuat aku jadi.. arrgghhhh~~~~

Kalau berdasarkan ape yang ayah aku cakap memang dy betol tapi takkan aku nak saketkan ati mak aku dengan membenarkan hujah2 ayah aku? Oh no. Then aku buat keputusan untuk berdiam diri lalu berkata

"Entah la, abang sendiri tak faham."

Cube la korang bayangkan sendiri keadaan aku tu jadi kat korang. Ape yang korang rase? My dad is the greatest dad in the world and aku taknak dy saket ati dengan keputusan yang aku buat. And my mom, come on la.. korang sendiri tau kan simbolik syurga tu berada kat mane. dan sudah tentunya aku tidak akan membiarkan airmata ibu aku mengalir angkara mulut anaknya.

So, lepas pada konflik tu, kitorang dinner same2. Ayah aku terus meneguhkan hujahnya yang sememangnya fakta belaka. Dan ibu aku terus membisu seribu bicara. Ok fine. Ayah aku takde terasa hati ngan aku. Fuh~ And skang aku risaukan ibu aku.

Abes makan perut ayah aku meragam then dy terus ke tandas. Dan aku tak lepaskan peluang tu untuk pujuk ibu aku. Dan nasib baik lah dy pown takde terasa hati ngan aku. Fuh~

Sekarang antara aku ngan mereka dah okay. Diorang pown dah mule faham keadaan masing - masing.

__________*+*+*__________

Aku bukan ape geng. Kita kena ingat. Siapa kite tanpa mereka. Sikit pown terluka hati mak kita tu, maka murka menanti kita.

Actually post ni aku buat khas untuk Hari Ibu Bapa yang telah lalu semalam. Sori la kalau aku ade terkasar bahasa or cerita aku tadi ade menyentuh sensitiviti mane2 pihak.

See you then:D

Saturday, July 24, 2010

Truely Awesome!

Asslamualaikum wtb~

Yaw~

Kepada HardFans Avenged Sevenfold a.k.a A7X album baru diorang yang bertajuk Nightmare dah kua! And kepada sesiape yang senasib ngan aku iaitu xde duit nak bli album korang bleh dapat free kat 4shared.

Aku nak cite skeyt la psl album ni.

Most of the songs beraliran Metal Core. Bagi aku sedap la didengar. And lagu2 dalam album kali ni banyak diselitkan cerita psl The Rev *bekas drummer diorang. Kire cam tribute la.
Album ni memuatkan 11 buah lagu:

Nightmare
Welcome to the family
Danger Line
Buried Alive
Natural Born Killer
So Far Away(tribute to The Rev)
God Hate Us
Victim
Tonight
Fiction
Save me

Semenjak pemergian drummer diorang ni diorang terus menyepi. Then skang dah kua album baru. Mane tak terkejut. Tapi seriously aku cakap, album kali ni memang Awesome! korang try dengar eyh!~


Friday, July 23, 2010

Timbunan kerja

Assalamualaikum wtb.

Yaw~

Keje aku semakin hari semakin bertambah. Dan semakin hari aku semakin kurang mase untuk tido, mase bersama rakan - rakan, mase online, dan mase aku ngan family. Mane taknye balek umah je tido. Amek contoh semalam cukup la. Aku balek je dari office, tgok tv jap. Then pkul 8.35 dah lelap sampai ke pagi hari ni. Memang la lame aku tido tapi orang kta kalau kite tido lame pown tak elok gak. Wat letih badan lagi je. Takpe lah~ Itu aku ta kesah lagi. Yang aku kesahnye. Dah tentu aku tido awal smlm an, maknanye aku missed dinner aku! ouhh~ Yang itu sepatutnye aku xleh lupe. Tapi tido dah menguasai segala - galanya. Jadi, memang lapar gile la aku pagi ni.

Citer psl keje an. Ini assignment untuk 3 org means aku, and lagi dua member aku. Datelinenye suppose to be yesterday tapi boss wat relax je. aku pown wat relax ar.
Masalahnye skang ni. Aku dah siap. Member2 aku plak 80% siap. Nape 80%?? Sebabnye bile dorang dah nak print tu ade je masalah dorang. Adoi~

Pagi ni aku ade satu masalah. Aku dapat selseme! Yeay! Yeay! duh~
Dah la lapar. Selseme lagi. Hmm.

Esok Jabatan aku ngan Jabatan Perancang Bandar kne wat sketsa. Aku bukan tak minat sketsa2 ni minat tapi watak yang dorang bagi kat aku tu wat aku ase cm malas je nak bersketsa ni. Ade ke muke punye hensem cmni kne jadi lalat.
Come on la. Koman2 pown bagi la watak kucing. Baru la sinonim. Kucing kan comel, Aku pown comel. Kan Sinonim tu. Wahahaha.
Lalat?? Adoi~

Hm.. Dah takde pape kot..
See you then la eyh~

Friday, July 16, 2010

Oh Yeah!

Assalamualaikum wtb~

Yaw~

Welcome back Facebook! Aku da bleh online kat office da skang. Terima kasih la Admin sbb berhati perut bagi aku peluang utk online balek. Aku rase maybe dy baru ade fb. Tu psl bersemangat je nak unblck. Wahaha. Pasni takde la aku ternganga tak tawu nak buat ape.

Esok! Aku akan wat satu mende yang tak penah aku wat selama 19 tahun aku hidup ni. Aku kne pacak kat Teluk Batik seawal 7.30 pagi. Adoiii. Kerjaan di hari sabtu. Aku dah ler ta cukup tido ni. Kebetulan plak mlm ni sahabat2 aku balek sini. Ajak maen futsal plak. Skang da pkul 11. kang nak lepak lagi. Hahaha. Takpe! Sahabat pnye psl lebam mata pagi esok pown aku ta kesah!

Itu aja Guys! GtG! Futsal tyme

Adios~

Roda Kini Telah Berputar

Assalamualaikum wtb.

Yaw~

Cam lame lak asenye aku ni tak bloggin'. nak kata aku bz kat ofis? Lepak je kejenye. Pangkalnye aku dah ase cam xde idea ape aku nak letak kat dalam blog aku yang serba hodoh ni. Sian korang. Bace bende lame je. Hehe.
Aku tak tawu la ape hal ngan administrator network kat MPM ni. Kenapa la dy block Facebook. Ala.. Sume staf ade fb. Slalu bukak pown ape ade hal. Bukannye keje ta jalan. Aku tgok ade je anugerah yang dorang dapat. Ha.. Tu yang aku tak faham kenape Facebook mesty di block. Bukan la nak bangkang cume aku nak bgtawu yang AKU MAKIN BOSAN!

Korang bayangkan la. Keje aku kat ofis ni bukan cam keje staf2 yang lain. Bile aku xde keje memang Facebook la medium utk hilangkan kebosanan aku (padahal ade keje pown bukak fb). Tapi skang ni, Facebook pown dah kne block, maka, secara rasminya!! AKU BOSAN!

Tapi aku tak duduk diam. Aku pk punye pk. At last aku amek inisiatif utk bermain satu video game yang amat terkenal sampai skang iaitu COUNTER STRIKE! Bang Bang!

Kalau dah maen ngan Bot a.k.a Computer maka memang bosan jugaklah. Aku rindu nak online facebook kat ofis. Lagipown maen CS ni wat tambah dosa aku je. Mane taknye, asyik mencarut je( Bile kalah kne tembak)

Lepas solat jumaat tadi aku ingat nak merayap kat website2 yang aku rase menarik. Kebetulan plak Khutbah jumaat ari ni cerita tentang Sidratul Muntaha. And aku rase curious sgt psl Sidratul Muntaha ni. So aku try la "jumpe" Pak Cik Google. Mendagu jugak lah aku tggu google nak loading. Bayangkan! Google nak load pown lmbat. Aku da stat angin. Takkan Server pown nak tutup. Tension tros aku. TWO BIG PROBLEM! Aku da mencarut da.

Try punye try naseb baek kembali normal. Tapi slow gile. vongok vetul.

That's it la kawan - kawan. Aku nak kne chow.
Adios~

Tuesday, July 13, 2010

Some spirit for you my bro!

Assalamualaikum wtb.

Yaw~

Post kali ni aku dedicatekan khas utk sorang sahabat aku ni.
Namanya Ammar Zhafri aka Dodol

Disebabkan ari ni mak kau akan melahirkan baby baru so tak salah kot aku ckp congrates utk kau. Yela. Dapat adeq baru an. Walaupon aku bukan ahli keluarga kau tapi tah nape aku cam excited lak. Haha.

Bro! Jom g maen bola! Ohohoho.. Lupe lak aku kaki kau berbalut. Hehehe. Relax bro. Saket sikit je tu. Aku pown dah kne dah dulu. Cara accident pon sebijik cam kau. Siap balek uma ngan handle moto kiat agy. Huhu. Get well soon!

And the last one~ Pasal girl tu. Go on with your life. Takyah nak runsing2 psl dy. (bercakap ala2 kasanova yang mahir dlm percintaan)

Okay bro! Last speech for you! Goodluck with your life!

Monday, July 12, 2010

kecewa dengan diri

Assalamualaikum wtb

Yaw

Damn!!!! Damn!!! damn!!!!!!!!
Kenape aku bertindak terburu2? What on earth am I doing??
Kau tgok lep! ape kau dah buat. Ade kemungkinan kau dah ilang kawan lagi. Bagi la dy mase dulu. Yang kau nak rushing sangat knape?

" aku tak nak dy jatuh hati ngan orang lain. Aku percaye cinta pandang pertama and so do her. Daripada aku terus jadi pengecut lagi baik aku berterus terang ngan dy."

Tapi kau sedar tak kau tu sape?
Kau sedar tak dia sape?
Beauty and the beast!!!
Kau jangan nak prasan la kau tu beauty. Kau beast!

" aku sedar sume tu. aku tawu. Tapi kau pown kne faham lep. Aku dah takleh nak tipu diri aku sendiri. Hari2 aku kacau dy. Hari2 aku dengar ade orang suke kat dy. Hari2 lep! Ape? aku tak layak nak bercinta ke? "

Hmm. Aku bukan tak kesian kat kau lep. Aku kesian. Tapi nak wat cmne an. Nasib kte serupa. Kau tu aku. Aku ni kau. Takkan kita nak tggu perigi cari timba. betul ark? Hmm.. You've done it bro! So kite tanggung la same2.

-talking to myself like crazy-

Kembali Bertinta

Assalamualaikum wtb.

Yaw~

Hye readers. Sori sbb dah lame ta update blog aku yang tak seberapa ni. Followers pown 7 org je. wahahaha. Tapi tadi baru aku realise yang follower ngan reader laen. Rupenye ade yang xde blog pown bace blog aku. Arigato2!!
Welcome to The Smiley Guide!



The story~
Semalam baru balik dari kampung aku. ade majlis tahlil arwah atok and nenek aku. Balik kampung ngan fz! Memang syok ar. Itu jam la aku sprint test ngan adek aku. Haha.
Hari ni hari Isnin, so cam biase la kan, sejak dah bergelar praktical student ni, setiap 6 pagi aku akan bangun. Tak kecuali gak ari ni. Kalau korang nak tawu, update ni pown aku buat kat ofis. Bayangkan, dari pagi smpai ke petang aku cume buat surat permohonan je. Bosan~

Disebabkan hari ni aku banyak mase terluang, aku pown merayap la dari satu ke website ke satu website. Pastu aku terfikir nak cari barang atau pun accessories untuk my beloved FZ.
Cari punye cari. Baru aku tawu centre dy kat KL nun. adoi~ Camne aku na g bli. Hmm.
Tgok ar nanti. Try usha kat ipoh.

Gtg guys!

Peace~

Thursday, July 8, 2010

A Happy Moment

Assalamualaikum wtb.

Yaw~

Yes! I'm back to tell some story of my boring life. Gagagagaga.

Okay. Satu kisah berlaku semalam. Watak utama adalah aku sendiri selaku hero dalam kisah ni. Kisah ini menampilkan seorang pelakon baru. Selaku heroin dalam cerita ni. Nama? Aku lupe nama penuh dy tapi aku pggl dy iela je. watak tambahan, Mohamad.
Suasana cerita ni adalah hujan. Latar masa, petang tyme aku nak balik.

Kisah bermula:
jam menunjukkan pukul 5. Masa kegemaran aku sebab tyme ni dah boleh balik. Sape larat duduk dalam ofis tu lebih dari 8 jam. 8jam pown dah boleh wat aku jadi gile. So aku pown sarung jaket, amek topi, and terus turun ke bawah. Dah punch out aku terus ke motor aku.
Vroommm!! Enjin motor dihidupkan. Aku pown cucuh sebatang rokok sbb nak tggu enjin motor aku pnas. Nampak lak mohamad nga lepak sorang2. Aku pown teman la dy sembang. nga sedap sembang pom pang pom pang. Tibe2! Seorang gadis yang berwajah ala2 gadis hindustan lalu kat depan aku.

Aku: Eh! iela! Ujan la iela takkan nak balik gak.
iela: nak buat cmne. kne balik gak. ade hal (ngan senyum manja nye..)

Aku: Ade hal? Hal ape??

iela: ade la..Blushing Smiley

tergoda doe!!!!!!Smiley

Aku: Ujan ni. erm... Kau nak balik Kampung Jering an? Aku follow lah!!!

iela: Eh! ujan ni.

Aku: Alaa.. takpe.. Air je pown

iela: Erm.. Sukati kau la..

Aku: (yes!! yes!! yes!!!!)

What??? Lumrah la lelaki kejar pompuan. Kalau pompuan kejar lelaki kang dah jadi laen lak.
So kitorang pown same2 naik motor masing2. masing2 menuju ke rumah. Yang bestnye citer ni.
Setiap kali traffic light, itu la tyme kitorang sembang. haha. Memang ta lame tapi aku rase cm kiut je an. Smiley
Dlm tngah syok follow blakang dy, aku tgok motor dy slow. Dy usha2 tayar depan motor dy. Aku tnye

Aku: Kenapa iela??

iela: takde.. Aku rase cm tayar dpan ni gelong la.

Aku: okay je. Tapi nmpak cm kurang angin. Takpe ar.. Balik ni kau isi eyh.

iela: Smiley

kitorang pown teruskan perjalanan. Tak jauh dari situ motor dy slow lagi.

Aku: Nape lagi iela?

iela: Kau reti isi angin ta??

Aku: (wtf! takkan ta reti isi angin) errr.. reti.

iela: tolong eyh.

Aku: ohhh.. okay2 (point!!)

tengah pk stesen minyak mane yang aku nak pegi, tibe2 aku teringat yang aku tak reti pakai pam yang digital.. (ah sudah!!!) takpe. Depan siket aku nmpak BHP. Nasib baik la pam dy cm old school sket. Hehe.. Selamat.

Aku: Hehe.. iela! aku da tolong kau an.. erm.. nak tnye something leh??

iela: ha! tnye la..

Aku: ape halnye yang kau sebok sgt nak balik dalam ujan ni?

iela: hahahaha. aku nak amek kakak aku laa...

Aku: Smiley

iela: hahaha. dah la.. jom grak. kakak aku da tggu..

kitorang pown grak la.. Then kitorang berpecah kat simpang kampung Jering.

Aku: Aku balik dulu ye iela.. jaga diri aow. Bye!

iela: okay!

Aku: peace!

iela: Smiley

Dan aku pown terus menuju ke rumah aku. Slow je. Senyum sepanjang jalan.
Sekali lagi diingatkan bahawa time aku balek, hujan. tapi aku langsung tak terasa hujan yang turun tu.. sampai la kitorang split up kat simpang kampung dy. Korang tengok! Penangan cinta tu membuatkan kite lupe seketika tentang konflik yang berada di sekeliling kite.

-the end-

haha. The point is. Cinta bleh buat kite hilang stress. Dan pada masa yang same cinta pown bleh buat orang tambah stress. Haa. Depends on how we control our feelings.

Big Smiley


Adios!!!





Tuesday, July 6, 2010

Normal DaysTo Go

Assalamualaikum wtb.

Yaw~

Hai. Dah lame ta citer pasal diri aku ni. Korang sehat? Aku Alhamdulillah masih hidup dan sehat.
Aku tade citer pown nak citer kat post ni cume saje mnyemakkan post aku ni.
Hari ni everything goes just fine. Aku cam bese, keje, tapi ari ni keje aku best skeyt.
Download lagu! Wahahahaha. Dah tade keje sangat. Aku bosan aku download le lagu.
Hehehe.

p/s: Kawan2 yang sudi singgah ke blog ni aku ucapkan terima kasih banyak2 sbb blog aku ni bukan la best mane tapi aku cube sehabis baik aku untuk menarik minat korang semua untuk membaca blog aku ni. Yang mane ade blog tu sila2 la follow. Alright then. Adios!!~

Monday, July 5, 2010

Allahu Akbar

Ya Allah ya Tuhanku
Ampuni dosa - dosa yang telah hamba lakukan sebelum ini
Hamba sedar kekhilafan hamba
Ampuni dosa kedua ibubapa hamba
Ampuni dosa rakan - rakan hamba
Ampuni dosa kaum Muslimin dan Muslimat sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Ya Tuhanku
Kusyukuri nikmat yang telah Kau berikan
Kusyukuri nikmat yang sedang Kau berikan
Kusyukuri nikmat yang bakal Kau berikan
Kusyukuri hidup yang sedang Kau berikan

Ya Rabbi
Sesungguhnya hamba bersyukur ke atas keselamatan hamba daripada kecelakaan tadi
Mungkin ini caranya Kau hendak menyedarkan diriku yang alpa ini
Ya rabbi, terima kasih ku ucapkan

Yang Maha Mengasihani
Ku tahu ucapanku ini tidak memadai dibandingkan dengan nikmatMu
Oh Tuhan. Bimbinglah hambamu ini.

Amin Ya Rabbal 'alamin

Riang ceria bersama jenaka

Assalamualaikum wtb

Yaw~

kisah lawak lagi! Kali ni lagi best! Layan je eyh.

-AIR TIN-

sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. pas tu mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat.

kadi tanye kat pompuan tu... . "kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu?

pompuan tu jawab... "saya yang mengandungkan anak tu. saya yang melahirkan anak tu. dia keluar dari perut saya."

si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni kadi akan tanye dia lak. ahhh... sudah... mende aku nak goreng kadi ni... .

kadi pun tanye si jantan... "hah... kamu... .bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela"

"tuan kadi... kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya 'masukkan' dalam vending machine, pas saya 'tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. saya nak tanye tuan..air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?"

jawab kadi.."hak kamu le.."

jantan tu kata lak.."hah... sama le kes ni pun. Kan tuan... kan... kan "

P/S :

1. Jgn samakan isteri anda macam vending machine.
2. Jgn samakan anak anda macam air tin
3. Jgn samakan 'anu' anda cam duit syiling ... hehehehehhe



-SENARAI FILEM YANG DIHARAMKAN OLEH FINAS-

Filem 1: BERAK KHAS THE MOVIE
Filem ini mengisahkan sekumpulan polis yang suka makan rasuah dan suka
mengacau anak dara ketua kampung. Kecerempetan polis-polis ini amatlah
memalukan sehingga mereka tanpa segan silu melakukan aksi-aksi kurang
ajar menyebabkan mereka dibuang kerja beramai-ramai. Filem ini
diharamkan kerana menayangkan aksi polis-polis tersebut berak di depan
opis mereka setelah dibuang kerja.

Filem 2: PUTERI GUNUNG LADANG-Sebuah Cinta Jagung
Hang Buah telah ditugaskan oleh Sultan untuk pergi meminang Puteri Gunung
Ladang di sebuah ladang ternakan itik yang menjadi tempat tinggal
puteri tersebut. Didalam perjalanan untuk peminangan, Hang Buah telah
mengalami beberapa kejadian dasyat seperti diserang biawak tropika,
terlanggar tunggul kayu, terjatuh semasa mengambil konar baring,
termengorat nenek tua yang sedang ‘melepas’ dan akhir sekali tersepak
kura-kura yang sedang melintas. Apabila Hang Buah sampai di ladang
tersebut alangkah terkejutnya kerana Puteri tersebut telah meletakkan
syarat-syarat peminangan yang dasyat sehingga Hang Buah mati akibat
dari rasa terkejut. Filem ini diharamkan kerana memaparkan aksi Hang
Buah mengorek hidung kemudian dicalitkan di tangan Puteri tersebut.

Filem 3: BERMOTOR KE LANGIT
Filem arahan Badu Hj Azmu ini mengisahkan seorang mamat yang suka lepak
ditepi laut sehinggalah dia menemui seekor ikan dugung kemudian dia
memelihara dugung tersebut. Selepas 5 tahun dia memelihara dugung itu
dia pun melepaskan dugung itu kembali ke laut. Kemudian cerita ni pun
habis. Filem ini diharamkan kerana pihak FINAS tak paham langsung apa
sebenarnya motif filem ini.

Filem 4: TAK ORI TAPI PIRATE (TOPI)
Filem ini diharamkan terus sebelum memulakan rakaman kerana ia memaparkan
kisah P.Ramlee(lakonan Ramli Beger)menjual CD pirate kepada Haji
Bakul(lakonan Udo Ocean) kemudian Hj Bakul menengok CD tersebut bersama
Labu(lakonan sapa ntah) sehinggalah A.R Trompet(lakonan A.R Badut)
perasan yang CD itu adalah CD cetak rompak yang dijual oleh P.Ramlee…
Cerita ini berpusing-pusing selama 2 jam sehinggalah anda akan melihat
satu babak yang menjijikkan iaitu babak Naza Aziz (lakonan Naza Aziz)
menguap sambil ternganga.


-CERITA DUA EKOR HANTU-
Tersebutlah kisah dua ekor hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.



-PATUNG DALAM RUMAH-
Dalam satu neighbourhood nie…… bermulalah satu cerita dimana isteri
jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah. Jadi…..korang
faham-fahamlah apa yang diorang buat kat rumah si isteri tuh. Tak
disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu.

Maka, kelam-kalbutlah si isteri dengan boyfriend dia tu bersurai.
Walaubagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut
pintu belakang.Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri.
Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil
dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya.

Setelah itu, diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga
keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan putih melepak. Lalu
boyfriendnya pun berdiri di salah satu sudut rumah dan meng’freze’kan
dirinya supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang genting
itu, si isteri pun membuka pintu kepada suaminya yang sudah sekian lama
mengetuk pintu. Si suami tercengat seketika apabila ternampak ‘patung’ itu
lalu bertanya kepada isterinya,

” aik??!!…..dari mana pulak datangnya patung nih??”

“oooo….. patung tuuu. Patung ni saya order dari katalog mak cik sebelah.
Baru je sampaitadi.” jawab si isteri selamba.

“ooooooo…..begitu.” balas si suami.

Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik
tidur lalu menuju ke dapur. Kelihatan ‘patung’ tu masih berada dalam keadaan
asalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si suami membuat
sandwich lalu meletakkannya di atas trey menghidang bersama segelas susu.
Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu berdiri betul-betul di
hadapan ‘patung’ itu lalu berkata, “nah….makanlah.”. Si ‘patung’berasa
amat terkejut dan takut kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenarnya.

Dengan selamba, si suami berkata,” aik??!!! tak nak??? orang dah bagi
makanan ambik la! Saya ni kira baik la…..Tak macam awak……….dulu,
tiga hari tiga malam saya jadi patung kat rumah awak, jangankan
makanan……….segelas air pun awak tak bagi!!!!!!”

Hehe.. Camne? okay? Ade mase aku post lagi.
Peace!

Mimpi

Assalamualaikum wtb

Yaw~

Ape ade ngan mimpi? Benarkah ade mimpi yang menjadi kenyataan? Ape itu dejavu?
Korang tanyelah Mr Google yang serba tahu itu.


Ape yang aku nak citer kat korang dlm post ni adalah satu topik yang dibualkan oleh aku and adek aku siang tadi. Sambil lepak kat kedai mamak tah camne bleh terkeluar topik ni.

Mimpi adek aku:
Latar masa mimpi dy ni tyme tu kitorang same2 dah besa. Same2 dah ade keje sendiri. Dalam mimpi dy, tyme tu kitorang same2 balek kampung nak jenguk mak, ayah, ngan adek kitorang. Yang bestnye, aku balek drive kereta ape korang taw.. MITSUBISHI EVO 10! Haaa.. Gempak an. Dy kata tyme tu aku dah berjaya menjadi seorang artis yang terkenal di tanah air. Adek aku plak drive BMW 7series. Hahaha. Taknak kalah ni. Yang tak tahannye, tyme tu dy dah siap bawak bakal menantu mak aku yakni bakal isteri dy. korang nak tawu sape? SELENA GOMEZ. Hahaha. Tetap taknak kalah. Semua orang kampung sambut kepulangan kitorang. Kawan2 kitorang pown ade. Maklum la. Anak perantauan yang dah lame tak balik kampung. Haha.

Itu la dy mimpi. Ade indah, ade seram, ade suka, ade duka. Even ade yang mimpi sekeliling dy putih je. Orang kata mimpi mainan tido btol tak. Tapi tak mustahil mimpi adek aku tu jadi kenyataan. Yela. Semua benda yang dy mimpi tu sume benda yang logik. So tak mustahil la. Macam mimpi yang aku nak cerita kat korang ni. Kisah mimpi kawan adek aku. Cai namenye.

Mimpi kawan adek aku:
Cai ni memang sangat rapat ngan arwah atok dy. Sangat manje ngan arwah atok dy. Satu hari, si cai ni mimpi, arwah atok dy datang dlm mimpi dy. Arwah atok dy bagi satu not RM50 terus ke tangan Cai. Itu je dy mimpi. Dy pown pelik la ngan mimpi dy. Okay, habis bab mimpi. Lepas tu, ade la satu hari ni, nenek dy mintak tolong dy poskan duit. Jumlah duit yang nak diposkan tu RM600. Nenek dy dah kire betul2 depan Cai. Memang cukup RM600. Dy pown pegi la ke pejabat pos. sampai di pejabat pos, dy pown isilah borang pos wang. Dy kire2 cukup RM600. dy pown tulis kat borang tu RM600 sahaja. Bila dy bagi duit yang nak dipos tu kat staf kaunter kat situ, staf kaunter tu kire sume sekali jumlah duit ade RM650. Cai pown terkejut. Bile Cai kire balik memang betul ade RM650. Lagi la dy terkejut. So staf kaunter tu kata,
"adek amek Rm50 ni pastu poskan Rm600 ni sebab adek da isi RM600 kat borang ni."
Then baru Cai teringat pasal mimpi dy. arwah atok dy bagi terus ke tangan dy. bukan melalui nenek dy. Yang staf kaunter tu cume penyebab je. Sebab dy yang kire duit tu.



Betul tak aku kata? Tak mustahil an. So, fikir2kan la. maybe antara korang dah ade mimpi yang jadi realiti. Cume perasan atau tak je.
Okay la kawan. need to sleep. Entah ape la mimpi aku malam ni. Hehe.

Adios:D

Friday, July 2, 2010

Najla My Friend

Assalamualaikum wtb

Yaw~

N.A.J.L.A. Najla binti Roslan. Nama yang aku takkan lupe sampai bile2. Seorang gadis yang pernah curi hati aku satu mase dulu. Hehe. Lepas curi dy bawak lari. Dah lari sampai ke Shah Alam, ade orang lain plak curi hati dy. Hehe. Takpe la. Takde jodoh. Nak buat ape lagi. Diam je la.

Flashback:
Mak saudara aku ajak kawan dy dinner skali ngan family kitorang. Kawan satu tempat belajar dy. Tah sape la kawan dy tu aku pown ta tawu. Aku ikut je la. Sampai satu kedai makan ni. Aku perasan ade dua orang perempuan. Dua-dua comel. Sorang adek sorang kakak. Tapi tah nape hati aku tertarik kat kakak dy. Hehe. Tak boleh lupe tyme dorang order mkanan. Dua2 chicken chop. Dari situ aku dapat tawu yang dorang ni agk high taste. Aku perhatikan je si Najla ni. Dy bukan perasan pown ade orang perhatikan dy. Mane taknye, dok belek nset memanjang. Yela. Orang ade boyfie.
Dah abes mkn pe sume. Tyme na balek tu tah cmne adek aku boleh bantai amek nonmb adek dy! Siot3!! Aku je melopong.
Hehe. Aku tak diam. Mane bleh diam. Aku mintak nomb najla ni kat adeq dy. Ta silap aku la. Dari situ aku dapat nomb Najla.
*We text!*

Until one day, aku dapat tawu yang dy da break. Fuh! (dalam ati suke) hehe.
And we keep texting. Tapi ta timbul perasaan cinta pon lagi. Suke tu memang dah suke. tapi masing2 segan. Hint jangan cakap. Dah berjuta. Tapi masing2 segan! Nak wat cmne.
Setiap ape yang dia rase, ape yang dy buat, ape yang terjadi, dia bgtawu aku. Aku pon buat mende yang same.
Until dy dapat peluang blaja kat Shah Alam. UITM. sampai situ aku dah pk mcm2. mesty dy akan jumpe somebody.
Awal sem dy kat uitm tu kitorang ade gak jumpe skali. lokasi: KLCC and she gave me this
Tali Uitm tu.. Masok ni dah tiga sem dah aku gune tali tu.. Setiap kali aku pakai aku ingat dy.
Itu je la satu2 nye mende yang mengingatkan aku kat dy.

Sampai satu hari ni aku dapat tawu dy dah ade boyfie baru. Itu jam saket kat hati ni hanye Allah je tawu. Sangkaan aku betol. Aku cube text dy. Tapi sejak pade tu dy dah jarang contact aku. dah jarang nak text, dah jarang nak kol, dah jarang nak gurau2 ngan dy. Mase bahagia bertukar suram.
*difendekkan citer*

Sekarang, kitorang dah okay. Aku ade hidup aku sendiri and she has her own life to live. Hubungan aku ngan dy skang dah okay. Kitorang still contact. agak2 aku rindu dy aku kol la dy.
But we are friends! Tak lebih pada tu.

Cik Najla Roslan. Jangan lupe aku eyh. Jaga diri elok2. kirim salam kat khir
Happy Living(^_^)

Adios!