Wednesday, June 30, 2010

Sambungan kisah


Assalamualaikum wtb.

Yaw!~

Ape kabo readers aku. Hehe.. Ramai sungguh kan readers aku.. 7 orang. Haha.

So, disebabkan aku pown da lame ta cerita kat korang psl kisah aku. So post kali ni aku na sambung lagi. Harap korang ta bosan ar.

As usual. Aku bangun tiap2 hari pkul 6 lebih. Bangun, mandi, Panaskan enjin moto, and vrooommmm to my office.
Semakin hari semakin bosan. Sampaikan kadang2 aku rase nak ponteng je. Nasib baik mak aku tak bagi. Aku bukan boleh ingkar ckp mak aku ni. Kalau dy kata jangan maka tidaklah aku buat. Bukan ape. Amaran dy tu mcm ade satu sumpahan. Bila dy tak bagi buat something, mknenye ade la mende buruk yang akan berlaku kalau aku ingkar. Dah banyak kali dah. Tu yang bile SEKALI je ck jangan aku tak mintak dah. Aku diam je. Paling2 pon aku msm muke setengah jam.

Rutin aku diteruskan dengan keje yang bosan kat ofis ni. Hari ni 30 Jun.
Semalam, satu hari aku kat ofis ni satu keje ape pown tade. Aku ngan selambanye bleh bantai tgok movie(^_^) Bosan kot. Tgok movie, pastu agak ngantuk, aku bantai tido plak atas meja. Haha. Peduli ape aku. Kalau dorang nak bising aku ckp la aku tade keje. Kalau aku ade keje takkan la aku na wat cmtu. Haha.. Tapi smlm agak bertuah gak la. Bangun2 tido je aku dgr dorang sembang psl Pizza Hut. Ingat kan nak mkn dengan geng dorang je. Rupenye Kak Wati yang baik telah menyuruh despatch Pizza Hut untuk menghantar 2 plate pizza yang besar. Pergh! Dah la aku ta kua lunch smlm. Baru bangun tido plak. Memang menyanyi la perut aku.
Maka kami pown makan. Mule2 amek 2 slice sorang. Pastu ade baki lagi 2 slice. Dapat kat aku. Haha. kenyang tros! Alhamdulillah

Cukup le stakat ni aku mengarut.

Adios!~

Tuesday, June 29, 2010

Senjata Umat Islam

 Bismillahi Rahmani Rahim

Kisah ini berlaku kepada seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US. Gadis ini sangat cantik rupa paras dan bentuk badannya juga sempurna. Tetapi dia sentiasa taat kepada Allah swt, berpakaian sopan, menutup aurat dengan 'sempurna' dan memiliki akhlak yang baik.

Pada suatu malam, gadis ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia telah tersilap dengan melalui jalan yang singkat untuk pulang di atas sebab-sebab tertentu. Laluan yang pilih itu pula agak tersorok dan kebetulan, tidak ramai orang yang lalu lalang pada masa itu.

Kerana malam yang lewat dan keadaan yang sunyi, laluan itu agak gelap dan keadaannya agak menyeramkan. Ini membuatkan gadis itu agak gelisah dan berasa takut kerana berjalan sendirian.

Tiba-tiba gadis itu ternampak ada seorang lelaki kulit putih berbangsa Amerika sedang bersandar di dinding di tepi lorong itu. Gadis itu menjadi semakin takut dan berasa tidak sedap hati. Tetapi, apa yang boleh dilakukan hanyalah berdoa kepada Allah, memohon keselamatan atas dirinya. Gadis itu pun berdoa dan membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah swt membantunya di saat itu.

Semasa melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan sempat mengecam wajah lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan gadis itu selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, gadis itu terbaca dalam akhbar tempatan Amerika berkenaan seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di kawasan yang dilaluinya semalam. Masa kejadian pula hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Seteleh menatap wajah perogol yang dipaparkan, gadis itu yakin bahawa perogol tersebut adalah lelaki kulit putih yang dijumpainya semalam.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan membuat aduan. Gadis itu dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, pihak polis juga mendapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol bersiri yang amat dikehendaki.

Namun, gadis itu berasa amat hairan kerana perogol itu tidak menjadikannya mangsa. Padahal dia keseorangan pada masa itu dan sebaliknya perogol itu memilih perempuan yang lalu selepas dia. Gadis itu ingin sangat mengetahui akan sebabnya. Oleh itu, dia meminta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain.

Dia pun bertanya kepada perogol itu :
Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone ?
Mengapa kamu tidak melakukan apa-apa terhadap saya pada malam tersebut sedangkan kamu tahu saya sedang berjalan bersendirian ?


Perogol tu menjawab :
No, you are not alone ! That night I saw two young man walking with you.
One on your right side and the other one was by your left side.
If you were alone of course you will be my victim

Tidak, kamu tidak bersendirian. Malam itu saya nampak dua lelaki muda berjalan bersama kamu. Seorang di sebelah kanan dan seorang lagi di sebelah kiri kamu. Jika bersendirian sudah tentu kamu yang akan menjadi mangsa saya kerana kamu yang saya jumpai lebih dahulu


Wanita itu berasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Setelah berfikir sejenak, dia pun faham akan apa yang telah terjadi. Dia pun bersyukur ke hadrat Allah, mungkin Allah memeliharanya pada malam itu kerana dia telah berdoa memohon perlindungan daripada Allah swt dan juga kerana berkat bacaan ayat Kursi.


 Bismillahi Rahmani Rahim

Allah swt itu Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu
Dia juga boleh memerintahkan malaikat menjaga manusia dalam apa jua cara



Kesimpulannya
Jika kita sebagai hamba, menurut segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah swt, Dia pastinya akan sentiasa 'dekat dengan kita' dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dengan sempurna, menjauhi maksiat dan menjaga batas-batas pergaulan yang ditetapkan oleh Allah.

Wanita itu juga telah memohon perlindungan daripada Allah Yang Maha Berkuasa daripada segala sesuatu. Oleh itu, jika Allah swt ingin melindunginya, tiada sesiapa yang akan dapat melakukan sesuatu ke atasnya.

Di samping itu, apabila kita membaca Ayat Qursi, Allah akan utuskan dua malaikat untuk menjaga kita. Dua lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya dan memohon perlindunganNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab dengan izin Allah. Tetapi jika kita tergolong dalam golongan manusia yang tidak diterima doanya, maka sebanyak mana dibaca pun tidak akan diperkenankan oleh Allah. Jika kita selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, menunaikan ibadat secara sambil lewa dll. Dapatkah kita mendapat pertolongan sebegini dari Allah ?

Malah kita mungkin akan dikenakan bala di atas perbuatan mungkar kita kepada Allah swt. Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di dalam kubur dan di akhirat kelak kita juga pasti akan disiksa di atas dosa-dosa kita, kerana itu adalah janji Allah swt dan Allah itu Maha Menepati Janji.


Saya suka mengingati satu hadis yang bermaksud :

Jika kamu mencari keredhaan Allah dengan kemurkaan makhluk,
Maka Allah swt akan memelihara kamu daripada segalanya

Sebaliknya, jika kamu mencari keredhaan manusia dengan kemurkaan Allah,
Nescaya Allah swt akan menyerahkan nasibmu kepada makhluk




Di antara kelebihan amalan membaca Ayat Qursi :

Sesiapa membaca Ayat Qursi dan memohon perlindungan kepada Allah swt,
Allah akan menghantar dua malaikat untuk menjaganya

Sesiapa membaca Ayat Qursi semasa meninggalkan rumah, keluarga dan hartanya,
Allah akan menugaskan dua malaikat untuk menjaga rumahnya,keluarganya dan hartanya

Sesiapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,
Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh

Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan
Nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya

Monday, June 28, 2010

Little Confession

1. When you looked at yourself in the mirror today, what was the first thing you thought?I AM SO HANDSOME


2. How much cash do you have on you?ENTAH. RM2 KOT SKANG.


3. What's a word that rhymes with "DOOR?"MORE


4. Favorite planet?JUPITER


5. Who is the 4th person on your missed call list on your cell phone?MY MOM


6. What is your favorite ring on your phone?GEO GUITAR


7. What shirt are you wearing?KORN SLEEVELESS T-SHIRT


8. Do you "label" yourself?

PENYAYANG, BERHATI LEMBUT, BARAN, AND OF COURSE! HANDSOME


9. Name the brand of your shoes you're currently wearing?

DLM UMA SKANG. AKU BUKAN MAT SALLEH.


10. Bright or Dark Room?DARK


11. What do you think about the person who took this survey before you?HANDSOME!


13. What were you doing at midnight last night?BERMUKA BUKU


14. What did your last text message you received on your cell say?30 MINIT PANGGILAN PERCUMA AKAN DIKREDITKAN..........


15. Where is your nearest 7-11?AYER TAWAR. 20MNIT DARI RUMAH


16. What's a word that you say a lot?BODOHJ

1

7.Who told you he/she loved you last?Z


18. Last furry thing you touched?

MY DYING KITTEN NAMED GEMOK. BODO LA SURVEY NI. DAN2 LAK MASOK FURRY THING.


19. How many drugs have you done in the last three days?

DRUGS? ERR...


20. How many rolls of film do you need developed?

WHAT TYPE OF FILM??xp


21. Favorite age you have been so far?

DARJAH 1 SAMPAI DARJAH 4


22. Your worst enemy?

BARUA PENANG


23. What is your current desktop picture?

BLACK. I MEAN NOTHING. JUST BLACK


24. What was the last thing you said to someone?

EFA, KAMU DAPAT NOMBOR SATU TAK MINTAK PAPE KAT PAPA KE? HAHA..


25. If you had to choose between a million bucks or to be able to fly what would it be?SAYE MAHU TERBANG


26. Do you like someone?

YES I AM!


27. The last song you listened to?

SHAMSUL GHAU GHAU - LAGU HITZ UNTUKMU

Sunday, June 27, 2010

Everything goes just fine

Assalamualaikum wtb.

Yaw~

Aku da janji na bgtawu korang kan. (rujuk last post).
So. Skang ni aku ngan gadis tu buat cm xde pape berlaku. Dia malas nak gado2. Dia nak aku jadi kawan dia je. Aduh! Ingat aku nak jadi kawan je ke?? Dia tak faham ke buat2 tak faham.

Aku pon mls nak pk dah. Masih solo le jawabnye.

Guys~ Thats all.
Doakan kesejahteraan aku ye.
Adios~

Friday, June 25, 2010

Salahkah aku?

Assalamualaikum wtb.

Yaw~

Jalinan cinta takkan terbina jika salah seorang daripada pasangan tu tak luahkan rase suka atau perasaan mereka terhadap orang yang mereka suka. Tapi mende ni la yang paling aku takut nak buat. Bagi aku, cuma ade dua kemungkinan. Antara gadis tu terima atau tolak. Kalau terima aku tak kesah la. Tapi kalau dy tolak? Malu beb.

Macam orang lain gak. Aku pown nak rase di sayangi. Nak rase dirindui.

Baru2 ni aku ade buat keje part time. Satu hari, on the way balek ke umah aku, aku terserempak la ngan sorang gadis ni. gadis yang pernah sekian lama dulu aku suke. Tapi dah lost contact. Aku pown seronok la dapat jumpe dy. Dy semakin comel. Berbeza dari dulu. Tibe2 dlm hati aku rase something. Aku rase bhgia sgt dapat jumpe dy lagi. Lpas je aku balek uma. Aku senyum tak berhenti. Aku senyum cam aku tak penah senyum sebelum ni. Sampai mak aku pown pelik ngan perangai aku time tu. From that moment, i keep calling her. Not so frequent but regularly. I cant stop thinking of her. Her face, her smile, her laugh, it makes me smile.

Sampai la semalam. Aku dah tekad nak bgtawu ape yang aku rase kat dy.
And guys, this is what i get from her " Alip, kalau setakat nak kenakan aku, tak payah. aku tak caye pon. kau tak bleh nak pekena aku la"

Bullshit kan. Jawapan yang dekat sejam aku tggu lpas aku bg mcg tentang perasaan aku tu.

Salah ke aku bgtawu ape yang aku rase? Daripada aku terus tipu diri aku. Daripada aku terus sorokkan daripada dia.
Yela, mungkin dah takdir aku cmni. Takpe. Aku redha.

Pagi tadi dy mcg aku, dy ckp kalau aku dtg ofis awal dy nak jumpe aku sebab dy dtg awal hari ni. Aku plak bace mcg tu pkul 8 lebih tadi. Mane taknye, Mase dy bagi mcg tu aku ats moto. Kalau tak memang aku carik ofis dy pagi2 tadi. Aku nak tawu ape yang dy na ckp. Nak jumpe lunchtime pown xbleh, hari ni dy ade keje outstation. Hmm.. i need a guidance.

Dear readers, thanks for reading eyh.
Keep reading.
I'll tell ya what happen next. I promise.

Adios( ' ',)

Thursday, June 24, 2010

Tak Gune Bersedih

Assalamualaikum wtb.

Yaw~

Ni ade satu post utk readers setiaku sebelum aku tido. Orang kata ketawa boleh buat kite lupekan kesedihan untuk seketika. So, try bace sedikit koleksi cerita - cerita lucu ni.


Seorang wanita menaiki bas sambil mendukung bayinya. Tiba - tiba pemandu bas menegur : "Inilah pertama kali saya melihat bayi paling hodoh dalam hidup saya." Marah dengan sindiran tersebut, wanita itu mencampakkan duit tambang lalu beredar dengan muka masam mencuka. Seorang lelaki yang duduk bersebelahan Menyedari wanita itu diganggu lalu bertanya : "Apa yang dah berlaku ?".

"Pemandu bas itu menghina saya !" balas wanita berkenaan.

Lelaki itu kelihatan bersimpati.:" Dia tidak patut cakap bergitu

kepada penumpang, lebih-lebih lagi seorang wanita beranak kecil." Katanya.

"Betul kata awak tu, saya patut mengajarnya, "Balas wanita itu.

"Idea yang baik, pergilah …., biar saya dukung anak monyet awak tu !"

Kata lelaki tersebut


Seorang pemuda menerima tawaran kerja daripada sebuah zoo tanpa bertanya jenis pekerjaannya. Sebaik melaporkan diri, dia diberikan uniform berbentuk gorila. Tugasnya sepanjang hari ialah beraksi di kandang gorila bagi menggantikan haiwan itu yang mati beberapa hari lalu. Untuk itu dia perlu memanjat, bergayut dan berayun dari pokok ke pokok.

Lama-kelamaan pemuda tersebut merasa seronok dengan tugasnya. Namun pada suatu hari minggu yang sibuk, kerana terlalu penat berayun, tiba-tiba tangannya terlepas dan dia terjatuh ke dalam kandang singa.

Apabila melihat singa menghampirinya pemuda itu menjerit ketakutan. "Tolong, tolong! Aku bukan gorila, aku manusia!" jeritnya.

Perlahan-lahan singa berbisik ke telinga pemuda itu . "Hey! Diamlah, kalau tidak kita berdua akan dipecat," kata singa itu


Suatu pagi... seorang wanita berjalan menuju ke tingkap lalu membukanya. Lalu dia ternampak seorang lelaki kerdil dilaman rumahnya. Dia terus keluar dan menangkap lelaki itu.

Wanita : "Kamu ini pasti jin... aku telah menangkapmu dan kamu harus tunaikan 3 permintaan ku..."

Lelaki kerdil : "Baiklah puan... sebutkan ketiga-tiga permintaanmu itu.."

Wanita : "Yang pertama... aku inginkan sebuah banglo mewah"

Lelaki kerdil : "Baiklah.. lantas.. apakah permintaan kedua?"

Wanita : "Mercedes"

Lelaki kerdil : "OK.. dan yang ketiga?"

Wanita : "Wang sepuluh juta ringgit"

Lelaki kerdil : "Baiklah.. tetapi untuk impian puan menjadi kenyataan.. puan haruslah melakukan seks dengan saya sepanjang hari dan malam".

Wanita : "Tak jadi masalah... ianya sangat berbaloi"

Lalu mereka kebilik dan melalukan aktiviti seks sepanjang hari dan malam..

Keesokan paginya... lelaki kerdil mengejutkan wanita dan berkata.

Lelaki kerdil : "Bagitahu aku. berapa umur puan?"

Wanita : "35"

Lelaki kerdil : "Untung aku hari ini.. umur 35 tahun tapi masih percaya soal jin karut marut ini".


Dalam perjalanan pulang menaiki Kapalterbang dari tugas masing2, seorang pak imam dan seorang paderi kebetulan duduk bersebelahan.

Ketika waktu makanan dihidangkan oleh pramugari, kedua-dua lelaki tersebut bersiap-siap untuk menjamah makanan.

Pak imam tertarik dengan makanan paderi lau bertanya

"Encik... daging yang berwarna merah itu apa?"

"Oh, ini daging babi. Rasanya nikmat sangat", jawab si paderi.

"Tapi dalam agama saya daging itu haram untuk dimakan," balas Pak imam.

"Anda rugi sebab tak tahu menilai barang enak," jawab paderi tersebut.

Masing masing terdiam dan menjamah makanan masing-masing.

Ketika pesawat telah mendarat, Pak imam dijemput oleh isterinya. Dia melihat paderi yang duduk di sampingnya itu tidak ada yang menjemputnya.

Lalu dia bertanya, "Encik, mengapa isteri Anda tidak datang menjemput?"

"Wah... agama saya melarang seorang paderi mempunyai isteri," jawab si paderi.

"Uh, dasar anda jugak tidak tahu menilai barang enak," jawab Pak imam


Hehehe. Camne? Best kan. Nanti kalau aku rajin aku buat lagi post2 cmni.

Maaflah, Story 3 ngan 4 tu agak lucah siket. Ala. Lucah ala kadar je. Ape ade hal


Adios~

Tinta Berdakwat

Assalamualaikum wtb.

Yaw~

Tintaku kembali berdakwat untuk menulis. Sebelum ni kehabisan dakwat. Tu yang ade sorang readers ni bukak2 je Kak CT. Haha. Okay, 1st of all, Kak CT ari ni fine. Dye Ajak aku g meeting tadi. Sekurang2nye ari ni aku dapat tgok senyuman dy yang comel tu. Hehe.

Kembali kepada kisah hidupku yang kini semakin complicated. Hari ni byk benda baik dah berlaku. Alhamdulillah. Doa aku termakbul. Semalam kan mood aku tak baik. So aku berdoa semoga Allah jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Sesungguhnya Allah Maha Mengasihani. HambaNya je yang kadang2 tak sedar diri. Hehe.
Nak citer la gak ape kebaikan yang aku peroleh hari ni.

1. Kawan aku kat tempat keje dah bertambah

2. Hari ni tah camne ade wire network atas desk aku, so, dengan mudahnya aku dapat surf Internet dengan pertolongan wire network tu. Takde la aku terseksa gune Wifi yang kekuatannye hanya 1 bar je kat dept. aku.

3. Semakin hari semakin seronok. Hari ni aku dah dapat bunga2 projek. So, lpas ni memang melepet la aku. Tapi takpe. Aku suke gaye kerja cmtu. Itu yang membuat aku enjoy bekerja. Kalau takde keje, otak aku memang teringat satu perkataan ni je. "BALIK"

Roda memang telah berputar. Hehe.
Keep on reading guys!
Korang la yang buat aku semangat nak menulis nulis ni.
Thanx Zhaf! Thanx Nik Umairah!

See you later. Peace!

Tuesday, June 22, 2010

Kak CT

Assalamualaikum wtb

Hey readers.

Sebenarnye mood aku tak bape stabil skang ni. Aku dah mule rase penat. Aku dah mule rase satu perasaan ni. Susah aku nak describe. Tapi yang sure perasaan ni memang tak best.

Last post aku ade mention psl satu nama ni. Kak CT. Yes! she is one of the staff kat tempat LI aku.

Aku tak faham la. Aku ade wat salah ngan dy ke? Atau perasaan aku yang mengada2. Kadang aku rase cam aku ni tak wujud pown kat tmpat li tu. Dy tak nmpak aku ke? Aku halimunan ke?
Tolong la. Aku xnak ade rase cmni. Yes! Sejujurnya aku mengaku, memang aku sukekan perhatian. Itu naluri aku. Tapi salah ke aku untuk menonjol.

Takpe la. Aku harap ini mungkin cubaan pada permulaan.

Aku rase sucks gle hari ni.

Wish me luck guys!
Adios~

Monday, June 21, 2010

The Only First day!!


Assalamualaikum wtb

Yaw!~

Seperti yang korang tawu, aku da start LI hari ni. So post kali ni aku nak citer siket la psl hari pertama 'bekerja' di tempat pentadbiran.

Bukan maen awal pagi lagi aku gerak. 7am dah gerak dari rumah. Yela, kena sampai sebelum pkul 8. Tapi aku agak impressed la ngan kejayaan aku memecut ke sitiawan dengan hanya setengah jam. Haha, slalu aku bawak dekat sejam. Ti
be2 je hari ni laju. Terima kasih la FZ. Selesai la satu masalah. Aku tak lambat.

Masok je bilik utk lapor diri, terkejut aku tgok ade lagi 9orang dtg dgn hajat yang same. semua perempuan plak tu! Adoii~ Tapi aku tetap cool. Lelaki macho kan, kena la cool. Hehe. Rupenye dorang bukan satu dept. ngan aku. So aku relax la gak. Lapor je la diri cam bese. Introduce diri la bagai. Nak citer la gak psl sorang gadis ni, name dy ape tah. Pelik skit. Tapi, mak aihhh, cun gile! Aku da aim dah! hahaha. Last2 dy bukan satu dept. ngan aku. Maleh la aku na approach.

Pas abes lapor diri, sorang pegawai lelaki kat situ buat Grand tour utk kitorang. pusing la keliling pejabat tu. The best part is, selamba je aku pusing2 satu pejabat tu bawak helmet! Memang segan la~. Dari ground floor sampai la ke tingkat ats skali. Sampai ade yang tegur aku, "bro! berkilat helmet" pastu dy bantai gelak. Fuhh~ Segan... Tapi takpe! Lelaki macho, kne cool.

Da abes grand tour, aku pown masok la station aku which is my own department. Unit Pengurusan Pelancongan. Time aku masok l
a dorang punggah abes store dorang. Elok sepatutnye aku balek kol 5 kne balek kol 6. Kema
s store pnye psl. Nasib baek la staff2 kat situ sempoi2 belaka. Thanx to Bro Naim, Kak Raja, Kak CT, Bro Pian, and Mr Shahril.

Rajin kan..

Hehe. Itu baru aku snap gamba aku buat keje. Blom aku snap fail2 yang aku kne kmas. Bygkan, fail dari tahun 2002. Memang byk. Hehe..

Whatever it is. Im doing it! Thanx utk kawan2 aku yang dah doakan kesejahteraan untuk aku. Without you guys, i am zero!

Gotta go guys! Lapar, nak makan.

Peace!~




Saturday, June 19, 2010

Oh Yeah~ Love Story

Assalamualaikum wtb

Yaw~

Hey guys, kalau post ni buat korang rase ngantok nak bace takpe. Aku faham.
Tapi, aku sendiri tak tahu kenapa aku bleh terfikir nak buat post psl cinta dlm waktu ni(6.35 am)

You know guys. Sometimes i feel complete. Aku ade parents yang aku sayang. Adek2 aku. My homies. Freedom. I mean all the things that a teenager really need. Aku da dapat sume tu.

Tapi dalam mase yang same, aku rase kekurangan. Kekurangan yang kadang buat aku nak dan kadang2 buat aku rimas. Tapi skang aku betul2 rindu nak rase disayangi. Rindu nak dibelai. RIndu nak gedik2. Rindu nak ade seorang perempuan yang aku boleh ceritakan semua benda pasal aku. Yes, aku tahu aku ade ibu and she can be the shoulder to cry on but hey! Everybody needs a lover kan. Ibu tetap ibu. Tetap disayangi tapi besides her, a lover is also needed.

But to find a lover is not easy as we drink a cup of water. Amek satu cawan yang ade air, bibir cawan bertemu bibir kite, then.. sruppp.. the water goes down. Senang je hidup. Tapi kalau minum air panas susah sikit la kot. Kene tiup dulu.

Guys, theres something i wanna share. I miss my ex. Tapi ade seorang lelaki ni ckp kat aku, "Alep, kau nak jilat ludah kau ke?"

Hehehe. So, aku pilih untuk solo je skang ni. Sometimes single is better. But most of the times single is worst.

Peace~

Friday, June 18, 2010

A Dream Come True



Assalamualaikum wtb

Yaw!~

Mimpi jadi nyate beb.
Aku janji aku akan sayang die.
Aku akan jage die.
Hehehe, siapa??

Sebelum aku reveal siapa "dia" biar aku bgtawu seba sikit psl "dia"
Dia - Cantik
- Mantap
- Menggoda
And, Dadanye besar!!!!!!
fuhhh~

Ladies and gentleman, i give you


Oh yeah~ My New Ride
FZ150i
Hehe.. betul tak aku cakap?? Dada dia besar kan. hehe
Aku ingatkan aku mampu mimpi je benda ni. but now. Alhamdulillah, i own it.

Ade cerita pasal benda ni.
Beberapa hari sebelum motor ni sampai kat umah aku, aku rase tak sabar. Lian(Tuan kedai motor) cakap motor ni smpai dalam mase terdekat tapi aku tunggu dekat seminggu tak sampai2. Lian memang saje buat aku paneh. tapi takpe.. aku tunggu gak. sampai la ade satu hari, aku bawak motor ni jalan2 blakang uma yakni jalan nak g air terjun. Best tak terkata la tyme tu. Dengan jaket kulitnye, helmet fullface aku bawak ngan rase angkuh. fuhh.. Memang best.

Lepas tu, baru aku sedar. Aku cume mimpi!!!! hahaha.. tapi tak tahu nape aku rase cam aku dah bawak moto tu betul2. Lepas je aku bangun aku rase menyesal gile. "Kenapa aku bangun??? "
Dan2 plak adeq aku ade kat depan aku ngah belek2 laptop. Aku tnye la die, " Ngah, motor dah sampai belum?".. "Belum la. kamu jangan mimpi la nak bawak motor tu hari ni."
Padahal aku dah mimpi dah pun.

Hehe. However, this bike is mine now.. hehe..
Tu je la kot yang aku rase nak share ngan korang. Bukan niat nak show off cume nak share kegembiraan aku ngan readers2 aku sume.

Adios~

Wednesday, June 16, 2010

Thank You Allah

Assalamualaikum wtb

Yaw2!!!

Cmne result korang? HAMPEH??? TERUK???? MENAIK??? SEDIH???? HAPPY????
Sabar2... macam yang aku cakap dlm post lepas. Camne rupa keputusannye, macam itu la rupa usaha kita.. Kalau cantik usaha kita maka cantiklah keputusan kite. and Otherwise!!

Tapi kawan2. ade la some people ni kan. berusaha bagai nak rak! Tiap2 malam stay up! Makan bace buku, berak bace buku, seblom tido bace buku, TAPI!!! Result tak la gempak mane..
Kenape??
kawan2, semuanya berpangkal pada agama. kite usaha la camne pown, stay up la lame mane pown, bace la banyak mane pown, kalau langsung tak terfikir nak berdoa tak gune gak beb.. SENJATA ORANG ISLAM TU. Lpas kite dah ingat Allah jgn pulak kite lupe psl parents kite.. haa.. Dua orang makhluk ni memang penting! jika tiada keredhaan mereka untuk kite maka hancur lah kite..
so.. members of the floor.. I would like to remind you, whenever it is, whatever it is, WHOever it is, don't forget Allah and Family..

And ade satu lagi kategori orang yang buat aku pelik.
Korang perasan tak, ade dikalangan kawan kite yang attitude dy agak nakal, malas nak buat keje, bile cikgu/bagi kerja dy malas nak buat.. TAPI! result kite kalah ngan result dy eventough usaha kita lebih daripada dy.. pelik tak?? dy tak berusaha tapi dy dapat lebih..
okay~
Aku ade pernah bincang pasal benda ni ngan orang2 yang aku tabik ngan kepandaian dorang..
Orang2 cmni sebenarnya IQ dorang tinggi.. mungkin usaha dy bukan dari zahir tapi dari batin. mungkin usaha dy cume FOCUS dalam pembelajaran dalam kelas dan buat sikit latihan kat uma sendiri. dan mungkin, dy ade cara dy sendiri untuk belajar. Camtu la lebih kurang. Tapi tu la, kadang2 kite rase tak fair kan. hehe.. nak buat camne. Allah bagi kelebihan pade die. biarlah..



Thats all Guys!
Anyway, congratulation to all of you. tak kisah la result kite mcm mane pown.. Kita dah berusaha! betul tak?? hehe :)

Sorry kalau post aku ni ade menyentuh sensitiviti sape2.. hehe.. Peace Yaw! aku cume bertinta berdasarkan pengalaman..
Sampai ketemu di blog seterusnya..

Gempar

Assalamualaikum wtb
Yaw!!
Esok, tarikh keramat bagi pelajar politeknik.
Tarikh yang dinanti2
Tarikh yang mendebarkan
Tarik yang membuat jantung berdegup laju
Tarikh yang membuatkan laman web poli masing2 jadi "jam" sebab berpusu2 student surf
Yakni... Tarikh keluarnye keputusan peperiksaan!!!
Termasok la aku pon.. risau juge ni..Exam Cheating Pictures, Images and Photos/span>

Tapi takpe! ive done my best! whatever it is, its my effort..
Somehow, aku berdoa agar Allah memurahkan rezeki kita, tabahkan diri kita, dan tingkatkan kesedaran kita untuk mase akan datang. Amin

New Blog!!

Assalamualaikum wtb..

Blog yang ke brape tah aku buat ni.. First of all, i would like to say thanks to some people ni yang dah mempengaruhi aku utk wujudkan blog ni.. (Zhafri! Nik! Fazlina!)
Memandangkan aku pun nanti akan luangkan banyak mase kat uma so.. aku pown decide utk wujudkan blog ni.. harap pembaca2 sekalian terhibur dengan hasil karangan aku ni nanti..

sinopsis blog ni: Menceritakan serba sedikit tentang hidup seorang anak lelaki sulung daripada tiga orang adeq beradeq yang tampan+hensem+macho lagi bergaye. juga menyelitkan cerita tentang dunia. peribadi? depends~

So, to all my readers, enjoy!!!