Wednesday, September 29, 2010
Yang "wow!" Jadi "Tak wow"
Tapi ape korang rasa kalau yang "Wow!!!" tu tak seperti apa yang korang fikir?
Elok pulak lah hari ni aku lupe nak bawak charger laptop aku. Maka dengan rasminya aku pun merayau - rayau la kat sekitar ofis aku ni nak cari PC pinjam. Alhamdulillah dapat. Haha.
First thing yang aku bukak of course la Facebook. Merayau la jugak disekitar laman sesawang muka buku tu. Then terjumpa lah satu profile ni. Dy siap bagi URL blog dy untuk dibaca. Maka aku klik la URL tu.
Wah! Penuh dengan gambar. Bagi aku, kalau blog tu ramai followers thats mean it is interesting to read. Bile aku usha followers dia, "WOW! 300++. Mesti best ni"
Selak la satu - satu post.
"Hampeh je!!! Satu post satu comment?? Yang takde comment pown ade."
Now i'm wondering. Kenapa ramai sangat followers dia? Tapi post macam hampeh. Biasa aku tengok kalau followers da lebih 100, ramai yang comment. Kalau tak comment pown post - post dia mesti menarik. Ini tak.
Yang dia kisahkan pasal dia, boyfriend dia, anak sedara dia.
Hm. Lantak kau lah manusia. Janji kau bahagia!
Friday, September 17, 2010
Lisa oh Lisa
Boy: Soklan apa ni bro?? Kita kan Malaysians. Malaysians mestilah menyanjungi artis mereka.
Man: Amboi. Kalau sepuluh orang punya cara cakap cam kau ni. lingkup Malaysia kau tawu. Haih!!!
Boy: ahahaha. Takdak la bang. saya gurau ja. Jangan ambek ati no..
Man: Nasib baik kau ni budak je. Hehe. Okay lah. Kau minat artis kan?? Sape yang kau minat? penyanyi ke pelakon?
Boy: Saya minat soghang pelakon ni. Lisa Surihani
Man: Pergh!!! masuk kau ni budak, dah seratus orang jawab jawapan yang sama. Ape kat Malaysia ni dy sorang je ke pelakon??
Boy: Ahahaha. Masalahnya bang. Dy soghang ja yang comey. Hat laen tu tak bleh blah.
Man: Pergh~Itu je ke sebab kau suke dy???
Boy: Ha la.
Man: amboi~ tak padan ngan kecik la kau ni budak.
Tuesday, September 14, 2010
Terkini Lepas Raya
Okaylah. Ini dia entry yang terkini setelah sekian lame aku tak update blog hodoh aku ni. Berhabuk dah pon. Meh sini aku lapkan.
Raye dah pown berlalu selama 4 hari. Ni pown dah nak masuk 5. Kejap betul. Ramadhan jangan dikenanglah. Memang dah pergi meninggalkan kita. Antara sedar tak sedar je.
Nothing to tell. Cuma nak bgtawu la sket updates terbaru.
1. Pinjaman KPT aku dah abes.
2. Esok aku dah stat keje balek
3. Hubungan aku ngan Syarifah Syafiqah semakin baik
4. Hubungan aku ngan family kian dingin.
5. Sejak kebelakangan ni aku banyak abeskan mase ngan kawan – kawan aku. Penat ya amat.
6. Aku dah semakin bosan ngan facebook.
7. Aku tak sabar nak abes LI
8. Aku dah rindu nak masok kuliah balik.
9. Aku rindu kawan – kawan Poli aku
10. Pendapatan kian meruncing.
Itu lah kehidupan. Kadang – kadang kita bertakhta di atas and kadang – kadang meruntun di bawah. Walau ape pon hidup mesti diteruskan. Keep on going bebeh~
Tuesday, September 7, 2010
Crying In The Rain
Tu la kau. Yang kau cabul sangat kenapa? Kan dia dah sakit hati. Memang hobi kau bagi dia sakit hati ke? Kesian dia kau tawu. Your word is killing her softly! Aku sendiri malu ngan diri kau la Aliff Hiew! Ape yang kau nak lagi? Dia tu dah perfect utk kau. Cukup la.
Aku tawu. Aku salah. Tapi aku bukan mintak ape – ape pown. Aku tak suruh pown dy ubah personaliti. Aku cume bg suggestion. Salah ke sume tu lep? Aku cume mintak dy pakai samoething yang nampak cam girlish skeyt. Itu je. Lepas tu perkara melarat ke mende laen sampai la tersentuh hal yang sensitif. Aku tawu aku dah over the limit.
Kau dah lambat la alep. Sekarang ni aku tak rase lagi yang dia masih sayang kat kau. Dia marah betul. Yang kau pun satu. Kenapa kau tak pujuk dy???
Bukan aku tak pujuk dy la lep. Aku amek mase. Aku tawu dia tengah panas. Aku cube bagi masa untuk aku ngan dia berfikir. 1 hari je. Lepas tu aku rase aku memang bersalah and aku amek inisiatif utk mintak maaf. Tapi yelah kan. Betol la kata dia. Mulut aku ni manis je. Kata – kata yang tak berisi.
Padan muka kau lep! Padan muke kau!!!
Tuesday, August 31, 2010
Lamunan
Pukul 7.00a.m. 31 ogos 2010. Nothing to do. Still not sleep yet. Listening to A7x.
Wahahaha. Gler betul. Aku rase aku tido tak lame pon malam tadi. Tapi tak bleh tido la plak ini hari. Seriously! Ngantok pown blom lagi ni. Ice? Aku tak amek mende tu. Tapi dizziness tu ade la siket. Hm.
Dah takde mende nak buat sangat. Aku mengelamun la sorang – sorang.
Syarifah Syafiqah adalah manusia pertama yang ade dalam kepala aku ni. Hari ni dia nak balik Matrix da. Tak boleh nak jumpe lagi.(for a week). Dia tak janji nak jumpe aku lagi. Aku suruh dia janji tapi dia jawab “InsyaAllah”. Haih~ Sukahati awaklah kekasihku.
Kenapa manusia ni ada sifat nak show off? Hebat sangat ke kau tu? Kau rasa dah takde orang lagi hebat daripada kau? Come on la weh~ Wake up from your nightmare! Tu sume cuma sementara. Kalau Allah rase nak tarik, sekejap je nikmat tu hilang. Why don’t we share. Syarifah Syafiqah cakap kat aku semalam “Sharing is Caring”.
Dan kau! Kenapa perlu permainkan perasaan orang? Bila orang tak suka kau cari. Bila orang dah sayang kau main – mainkan. Yes! Aku akui kau memang cantik. Dari segi fizikal kau boleh dikategorikan sebagai PERFECT! Katakanlah suatu hari kau terlibat dalam satu kemalangan dan rupa paras tu hilang dalam sekelip mata. Kau rase ade lagi ke orang yang kau boleh jadikan puppet? Takde! Kau dah hodoh. Jari kau dah kudung. Kali ni baru kau tahu yang kau tak boleh ukur ketinggian langit sebab langit tu sangatlah tinggi. Tak salah untuk berubah. Belum lambat pon. Tapi perubahan kau kali ni biarlah yang nyata. Jangan duga kepercayaan kawan – kawan kau buat kali kedua. Sekali orang tak percaya, kau doom!
Cuba muhasabah diri kita. Cukup baik ke kita ni? Kita nak jadi yang terbaik cuma kadang – kadang keadaan sekeliling datang menduga sampai kita kalah dengan keadaan tu.
(Ni lah akibatnye kalau dah takde keje. Ape yang ade kat kepala aku skang ni aku taip je. Sorry pada yang terasa. Padan muka! Hahaha.)
Monday, August 30, 2010
Kuasa Super
Assalamualaikum wtb~
Setelah beberapa kurun aku tak update blog ni, aku dapat satu idea. Memandangkan sekarang ni masa terluang aku dah banyak sangat so idea merepek – repek mula la menyemak dalam kepala otak aku ni.
Korang suka superhero? Tak kire la dari mane sekali pun. Aku nak cakap kat sini aku memang suke superhero. No offense~ Bukan nak bgtawu yang aku ni tak matured. TIDAK~ Tapi tak semestinye superhero ni hanya boleh diminati dari golongan kanak – kanak je kan?
One Question!
Sekiranya anda diberi pilhan untuk memilih SATU kuasa luarbiasa, kuasa apakah yang anda akan pilih?
Well. Aku akan pilih kuasa untuk jadi halimunan. HA! Laju je korang nak fikir bukan – bukan. Aku bukan pervert duh~ Banyak faedahnye kalau kite ni halimunan. But not at all time la.
Salah satunye. Aku ni ade satu sifat yang memang sejak azali lagi dah ade. Curious. Aku nak sangat tawu ape yang orang ni rase, orang tu rase. Aku boleh hilang kejap, then aku follow je orang tu anywhere they go. Sampai aku dapat tahu ape yang aku nak tahu. Kalau korang fikir kenapa taknak ade kuasa boleh baca fikiran orang, antara sebab – sebabnya adalah kerana bosan!! Tak thrill langsung.
Yang kedua, aku boleh tahu sama ada pasangan aku jujur atau tak. Bukan tak percaya tapi yang aku nak adalah kepastian. Besides, aku nak gak tahu camne cara hidup dia. Jenis yang malas ke, busuk ke, kemas ke, suke melawan ibu bapa ke, rajin ke, wangi ke, and so on. Time mandi ke, pakai baju ape sume memang aku takkan tengok la. (What? Aku memang baik la……..)
The third one! I can be a detective. Takyah susah – susah nak menyorok la, bagai gadget itu gadget ini nak ikut jejak si pesalah. Sekali lagi aku menggunakan kuasa halimunan aku “INVI!!” (invi = invisible) dan aku terus mengekori orang yang disyak. Oh yeah~
Itu baru tiga! Banyak lagi yang aku boleh buat dengan kuasa ni.Tapi aku tak sure yang mane lagi banyak aku buat. Benda baik ke benda jahat. Hehe~
Ade sebabnya kenapa kita ni takde kuasa luarbiasa. Aku rasa jenayah bukan kurang, bertambah lagi ade. Korang fikir betul – betul. Contoh paling senang, aku “invi”, follow guard yang jaga duit bank, follow dorang masuk pintu kebal tu, pastu sebelum follow dorang kuar, capai la beberapa ribu. (lalalala)
Monday, August 23, 2010
Ciri - ciri kawan sebenar
"everyone need a shoulder to cry on
everyone need a friend to rely on.."
- Tommy Page
Kawan adalah satu elemen yang aku rasa sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Tak kira lah di mana pun kita berada, apa pun yang kita buat, mesti nak ade kawan. Aku tak dapat bayangkan hidup aku sendiri kalau takde kawan - kawan disekeliling aku.
Tapi kan. Korang pasti ke kawan - kawan korang tu sumenye baik? And, be honest to yourself, korang rase korang berjaya ke memainkan peranan sebagai seorang kawan sebenar kepada kawan - kawan korang? Sebenarnye kadang - kadang aku sendiri was - was gak. Diorang tu suke ke aku berkawan ngan diorang, diorang happy ke ngan aku, diorang suke aku ke? Haa. From that issue, i brought to you this entry. Its all about characteristic of a true friend, as a guide to getting know your friends.
1. Apabila anda lupa lagu di dalam hatimu, kawan adalah seseorang yang menyanyikannya
kembali kepada anda. (Helen Steiner)
Bukan maksudnye bila korang terlupa lirik lagu "ku mahu - siti nurhaliza" dan kawan korang tu akan menyanyikan balik lagu tu sambil menari ala - ala siti nurhaliza kat depan korang. Tak! Maksudnye kat sini is your life! Bila mana korang terlupa lirik seterusnye untuk meneruskan hidup korang maka kawan ni lah yang akan menyanyikan lirik tu sampailah korang membuat sesuatu keputusan yang betul. Something like moral support. Itu baru kawan~
2. sokongan seorang kawan adalah tak bersyarat: bila keadaan menjadi sukar kawan
sebenar ada di sebelah anda.
Ni lah sifat kawan yang aku paling suka. Whenever you get tough, a TRUE friend is right beside you. Tak bersyarat tu maksudnye tak kira bila - bila masa dan dalam apa jua kesusahan korang tu. Diorang akan setia membantu sampai la keadaan tu menjadi mudah.
Bayangkan dalam satu perlumbaan larian yang melibatkan dua orang sahaja. Korang memegang rekod pelumba paling pantas dan korang berada di depan dalam race tu, but suddenly korang terjatuh akibat tersepak batu dan menyebabkan korang tak mampu lagi untuk berlari.Then datang lawan korang tu papah korang utk ke garisan penamat sedangkan dia tahu yang kalau dia kalahkan korang dia dah jadi pelumba paling pantas. Lebih kurang camtu la. Paham?
3. Seorang kawan telah melihat anda dalam keadaan paling buruk dan mengasihi anda walaupun anda begitu.
Seorang kawan tak kisah macam mana pun rupa korang, fizikal korang, dan peribadi korang. Dia tetap sayang korang. Korang hensem ke, hodoh ke, bodoh ke, pandai ke, sengal ubi ke, tongong ke, bingai ke, dongoi ke, diorang tetap ade untuk protect korang daripada dihina.
Bukan cam sesetengah orang, bila dah tawu keburukan kawan terus putus talian persahabatan. Siap kutuk kaw - kaw lagi. Tambah pulak depan awek, senang - senang hati dia je nak kutuk seseorang yang pernah jadi kawan dia dulu. Kalau dah camni gaya nak berkawan baik humban je dia kat hutan Amazon.
Jangan sampai suatu hari nanti bila sorang awek tanye dia "Eh, ini kawan u ke? selekeh betol.." then dia jawab "Mane ade!! Tah anak pengemis mane tah datang nak mintak sedekah" Haa.. baru korang tawu.
4.Kawan adalah tempat anda menyimpan rahsia
Rahsia adalah sesuatu yang pastinya istimewa. Kalau tak berahsia tak best. So, a secret must be keep by someone who really close to us. Kalau dah susah sangat nak simpan rahsia, takyah ade kawan ar. Senang. Tak susahkan orang lain.
5.Anda boleh menelefon seorang kawan untuk membantu bahkan di tengah malam.
Kalau kite la kan. Tengah sedap dibuai mimpi. Nak2 pulak mimpi jumpa ngan Lisa Surihani. Yang pompuan plak mimpi jumpe ngan Aaron Aziz (contoh). Tibe - tibe korang dengar bunyik fon korang. Rupe - rupenye salah sorang kawan korang.
Sebagai kawan yang setia korang mesti angkat, dengar dan bercakap dengan sebaik mungkin walaupun korang tengah mamai sebab kalau dah kol tengah - tengah malam bute ni mesti ade hal.
Tapi jangan cakap dan dengar je pastu terus tutup fon. At least do something. Kalau diorang ade love problem cube sehabis baik untuk memberikan dia semangat dan kalau boleh hentikan tangisan dia ( kalau dia menangis). Itu kalau love problem. Kalau ade antara kawan kite yang ade masalah kat jalanraya contohnye eksiden, tayar pancit or what so ever, sebagai seorang kawan yang sebenar kite kena tolong! Yeah~
6. Seorang kawan sebenar adalah orang yang jujur dengan anda.
Jujur adalah sifat yang kita jarang jumpa dalam masa sekarang ni. Sama je, baik perempuan baik lelaki. Susah nak jumpa yang betul - betul jujur ngan kita. Nak cari untuk buat lover pon susah inikan pulak nak buat kawan baik.
Yes, sometimes the truth make us hurt tapi ada baiknya kita tahu kebenaran itu daripada kita terus tersiksa ditipu atau menipu. Think about it guys~
7. Seorang kawan adalah sentiasa membuat anda tertawa dengan jenaka mereka, menyegarkan dan memberi inspirasi disaat anda mereka ketandusan idea.
Semua orang ade perasaan sedih. Betul tak? Kawan yang sebenar takkan membiarkan kawan - kawan mereka muram, suram dan masam. Mereka akan sedaya upaya membuat kite ketawa hingga terpancar seri dimuka kita. Bagi diorang, kalau kita sedih maknenye dia pun turut sedih. Atau lebih tepat untuk aku katakan mereka empati(merasakan kesedihan yang kita alami).
8.Seorang kawan yang tertarik pada anda bukan untuk apa yang ada pada anda, tetapi siapa anda.
Yang ni aku rase dah kurang sangat dah. Asal kau banyak duit je ramai ah yang nak kawan ngan kau. Cube kau dah takde ape - ape, kau agak dorang nak tolong kau ke? Pada masa kau senang, dengan diorang lah kau lepak, dengan diorang lah kau bergelak ketawa. Tapi kalau kau susah? Aku rase batang hidung diorang pon kau dah tak nampak.
Kite tengok eyh, orang kacak/cun mesti ramai kawan. Korang rase lah kan, kalau la budak kacak/cun tu dah cacat, agak - agak ade ke lagi orang nak lepak ngan die? Haa.. Itu time la baru kita nampak sape yang betul - betul layak dipanggil kawan. Kawan sebenar takkan biarkan kita sorang - sorang walau siapa pon kita. Tak kira lah hensem ke, kacak ke, cun ke, comel ke, kaya ke, sederhana ke, miskin ke. Ingat tu~
9. Bila mana anda berkongsi mimpi ngeri dengan kawan anda, mereka akan berkata " Apa yang saya boleh bantu?"
Ni yang paling susah kita nak cari. Ini untuk korang yang sukekan tafsir mimpi. Korang dah dapat mimpi ngeri yang bagi korang mimpi tu memberi korang satu makna buruk. Bila mana korang berkongsi masalah mimpi korang tu ngan kawan korang, seorang kawan sebenar akan memberi korang sedikit sebanyak nasihat yang maybe berguna untuk korang contohnya "kau ni percaya sangat ngan mimpi. Mimpi hanya mainan tidurlah beb" Hehehe~
10. Berfikir tentang "KEPERLUAN" dan "NILAI", sekali anda telah diakui orang "KEPERLUAN" yang memuaskan, membolehkan anda untuk menjadi orang terbaik yang boleh anda, sebuah kawan akan membantu anda membuat mereka bertemu.
Sekarang kita bersembang soal hati. Apabila seseorang tu dah menjadi "keperluan" bagi mereka yang mempercayai seseorang tu untuk mereka jadikan seorang kawan yang menemukan mereka dengan pasangan mereka.Faham tak?
Boleh dikatakan sebagai perunding cinta la. Kita dah suka kat seseorang tu, then kita bgtahu kat sorang kawan kita yang kita dah suka kat lelaki/perempuan tu, seorang kawan sebenar akan membantu kita selagi mereka mampu sampailah kita bertemu jodoh dengan pasangan kita tu. Walaupun!! pasangan kita tu adalah admirer dorang.Diorang rela simpan hati daripada tengok kita melepas. Itu baru kawan sejati~
Tapi tak semua kawan yang boleh kekal bersama ngan kita. Sampai waktu dan ketika mereka akan pergi. Dan kita pown kena ingat, hargai kawan kita! Sesungguhnya kawan adalah orang yang lebih penting dari kekasih! Jangan sebab kekasih kita putus kawan. Ingat tu kawan - kawan!
-Jarule...Put it on me




