Thursday, June 24, 2010

Tak Gune Bersedih

Assalamualaikum wtb.

Yaw~

Ni ade satu post utk readers setiaku sebelum aku tido. Orang kata ketawa boleh buat kite lupekan kesedihan untuk seketika. So, try bace sedikit koleksi cerita - cerita lucu ni.


Seorang wanita menaiki bas sambil mendukung bayinya. Tiba - tiba pemandu bas menegur : "Inilah pertama kali saya melihat bayi paling hodoh dalam hidup saya." Marah dengan sindiran tersebut, wanita itu mencampakkan duit tambang lalu beredar dengan muka masam mencuka. Seorang lelaki yang duduk bersebelahan Menyedari wanita itu diganggu lalu bertanya : "Apa yang dah berlaku ?".

"Pemandu bas itu menghina saya !" balas wanita berkenaan.

Lelaki itu kelihatan bersimpati.:" Dia tidak patut cakap bergitu

kepada penumpang, lebih-lebih lagi seorang wanita beranak kecil." Katanya.

"Betul kata awak tu, saya patut mengajarnya, "Balas wanita itu.

"Idea yang baik, pergilah …., biar saya dukung anak monyet awak tu !"

Kata lelaki tersebut


Seorang pemuda menerima tawaran kerja daripada sebuah zoo tanpa bertanya jenis pekerjaannya. Sebaik melaporkan diri, dia diberikan uniform berbentuk gorila. Tugasnya sepanjang hari ialah beraksi di kandang gorila bagi menggantikan haiwan itu yang mati beberapa hari lalu. Untuk itu dia perlu memanjat, bergayut dan berayun dari pokok ke pokok.

Lama-kelamaan pemuda tersebut merasa seronok dengan tugasnya. Namun pada suatu hari minggu yang sibuk, kerana terlalu penat berayun, tiba-tiba tangannya terlepas dan dia terjatuh ke dalam kandang singa.

Apabila melihat singa menghampirinya pemuda itu menjerit ketakutan. "Tolong, tolong! Aku bukan gorila, aku manusia!" jeritnya.

Perlahan-lahan singa berbisik ke telinga pemuda itu . "Hey! Diamlah, kalau tidak kita berdua akan dipecat," kata singa itu


Suatu pagi... seorang wanita berjalan menuju ke tingkap lalu membukanya. Lalu dia ternampak seorang lelaki kerdil dilaman rumahnya. Dia terus keluar dan menangkap lelaki itu.

Wanita : "Kamu ini pasti jin... aku telah menangkapmu dan kamu harus tunaikan 3 permintaan ku..."

Lelaki kerdil : "Baiklah puan... sebutkan ketiga-tiga permintaanmu itu.."

Wanita : "Yang pertama... aku inginkan sebuah banglo mewah"

Lelaki kerdil : "Baiklah.. lantas.. apakah permintaan kedua?"

Wanita : "Mercedes"

Lelaki kerdil : "OK.. dan yang ketiga?"

Wanita : "Wang sepuluh juta ringgit"

Lelaki kerdil : "Baiklah.. tetapi untuk impian puan menjadi kenyataan.. puan haruslah melakukan seks dengan saya sepanjang hari dan malam".

Wanita : "Tak jadi masalah... ianya sangat berbaloi"

Lalu mereka kebilik dan melalukan aktiviti seks sepanjang hari dan malam..

Keesokan paginya... lelaki kerdil mengejutkan wanita dan berkata.

Lelaki kerdil : "Bagitahu aku. berapa umur puan?"

Wanita : "35"

Lelaki kerdil : "Untung aku hari ini.. umur 35 tahun tapi masih percaya soal jin karut marut ini".


Dalam perjalanan pulang menaiki Kapalterbang dari tugas masing2, seorang pak imam dan seorang paderi kebetulan duduk bersebelahan.

Ketika waktu makanan dihidangkan oleh pramugari, kedua-dua lelaki tersebut bersiap-siap untuk menjamah makanan.

Pak imam tertarik dengan makanan paderi lau bertanya

"Encik... daging yang berwarna merah itu apa?"

"Oh, ini daging babi. Rasanya nikmat sangat", jawab si paderi.

"Tapi dalam agama saya daging itu haram untuk dimakan," balas Pak imam.

"Anda rugi sebab tak tahu menilai barang enak," jawab paderi tersebut.

Masing masing terdiam dan menjamah makanan masing-masing.

Ketika pesawat telah mendarat, Pak imam dijemput oleh isterinya. Dia melihat paderi yang duduk di sampingnya itu tidak ada yang menjemputnya.

Lalu dia bertanya, "Encik, mengapa isteri Anda tidak datang menjemput?"

"Wah... agama saya melarang seorang paderi mempunyai isteri," jawab si paderi.

"Uh, dasar anda jugak tidak tahu menilai barang enak," jawab Pak imam


Hehehe. Camne? Best kan. Nanti kalau aku rajin aku buat lagi post2 cmni.

Maaflah, Story 3 ngan 4 tu agak lucah siket. Ala. Lucah ala kadar je. Ape ade hal


Adios~

0 Bicara Yang Arif:

Post a Comment