Sunday, August 15, 2010

Cinta Lama


Assalamualaikum wtb.

Yaw~


Dekat 4bulan handphone aku ni senyap je. Maksud aku takde seorang gadis yang kerap menghantarkan Short M
essage Service kat aku. Baru aku perasan yang hidup memang sunyi tanpa cinta. Huhu. Sape yang nak sangkal ayat aku tadi baek korang lupekan je niat korang. Aku penah gak ego utk cube hidup tanpa cinta tapi takleh. Naluri setiap manusia beb. Mesti ingin dicintai.

Tapi skang aku dah ta sunyi dah. Dah ade teman sebelum tido, teman nak luahkan rase, teman nak bersembang, teman yang sentiasa ada utk aku. Bukanlah baru sangat dia ni. Aku dah masak perangai dy and dy pown dah masak ngan perangai aku. Kitorang pernah bercinta dulu. Lame gak la. 2tahun lebih. Pastu aku screw up! Tah jin ape tah merasuk aku smpai aku runtuhkan kepercayaan dy kat aku. Oh yeah i'm the fool.

Then. After 1 year and 2 months aku ta jumpe dy, pada tarikh 8.8.2010, rezeki Allah pertemukan kami berdua. Sumpah rindu sangat kat dy! Dy makin comel skang. Makin cheeky. Hehehe.
Lepas pada tu aku rase aku dah jatuh cinta balik ngan dy. Oh yes. Aku ta cakap banyak. Mlm 12.8.2010 aku pujuk dy. Aku luahkan segala rase yang jelas terpendam dalam hati aku ni. Dan dy sudi terima aku balik. Wah!!! The best moment of my life. Huhuhuhu.

Malam tu jugak aku tuka relationship status. Engage terus. wahahaha. Korang nak tawu sape? Hehehehe. Korang dah tawu dah kot.

Okay la geng. Sampai ketemu lagi .

.

Syarifah Syafiqah binti Syed Mohamed. Saye sayang awak sangat - sangat!

Friday, August 13, 2010

Syukur

Masih melangkah ke ruang masa yang mulia
satu bulan yang penuh rahmat, berkat, dan keampunan
Cukup indah kah diri?
Cukup muliakah diri?
Kini tiba masanya untukku membuktikan sesuatu
Sesuatu yang bakal merubah segalanya

Oh Tuhanku
Hina adalah sinonim dengan diri
Satu sifat yang pastinya dimiliki oleh setiap hambaMU
Perubahan akan kulakukan
Demi agamaku, maruahku, dan keluargaku

Bertemu lagi di bulan ini
Hey~ Aku nak jadi seorang yang berbeza sesudah bulan ini
InsyaAllah


Tuesday, August 10, 2010

First Expenditure

Assalamualaikum

Yaw

Banyak mende aku na citer kat korang sebenarnye. Tapi aku wat post laen2 la eyh. Post ni aku na cter psl trip aku baru ni. Its great to me as someone yang jarang2 merantau negeri orang ni.

KPT dah kua. Ade yang shopping, ade yang bli barang keperluan, macam2 lagi arh. Tak ketinggalan gak ngan diri aku ni. Aku manfaatkan duit aku ni dengan buat something yang bleh puaskan nafsu aku ni. Hari sabtu bersamaan ngan 7hb Ogos 2010 aku ngan member aku Buyot gerak g Penang.

Gerak sane lebih kurang 3 ptg. Rehat jap uma member, pastu kua g mkn. Pastu bersiar2 ke Padang Kota, then balek uma balek. Boleh tahan ar penat. Tapi puas beb. Malam tu kitorang ta lepas peluang utk ikut member2 jalan2 pusing penang. Lebih kurang kol 12 dari uma. Dari Bukit Mertajam lajak ke Padang Kota, terus ke Balik Pulau and turun ke Batu Feringghi.
3 jam atas moto. kalau aku balek perak pown da smpai. Bukan la besar sgt penang tu smpai 3 jam ats motor, 3 jam ats motor sbb kelajuan motor cume 40km/jam. Lenguh bontot aku.

Pusing punye pusing satu Penang tu kol 4lebih ktorang pown bergerak balek.

Betul la orang ckp malang tak berbau. Otw balek tu dua orang drpd member aku excident. Betul2 kat blakang aku diorang jatuh. Kepala aku yang tengah ngantok tyme tu terus terkejut. wey~ Tengah2 jalan kot dorang jatuh. Naseb baek la tak teruk sgt. Tapi motor agak teruk. Huhu. Dalam pada tu ade gak mende2 yang klaka jadi.

Lepas je dorang jatuh ade Lancer sebijik parking tengah jalan betul2 blakang tmpat dorang jatuh. Then ade la sorang brader ni kua dari kete tu. Belum sempat ape2 terus suruh member aku mengucap. Wahahahaha. Dongoi~
Tapi niat dy baek la nak menolong. Dy swoh la member aku tu masok kete dy, tapi ble bukak je kete cikaro penuh kat blakang. Wahaha. Member aku siap ckp "cam ta muat je bang" Hahaha. Adoi~
Setelah dianalisis, rupenye dy tgh mabuk. Huhuu. Tapi ape yang aku bleh ckp psl orang Penang ni, dorang memang baek. Kalau nak tolong tu betul2 tolong. Tapi kenape ble selak je surat khabar naik name Bukit Mertajam? Hm.. Huhu. macam2.

Hikmah disebalik kejadian tu aku jadi rapat ngan dorang. Hehe.
Krenye first expenditure aku kali ni membuahkan sesuatu yg jarang aku dapat. Kepuasan dah tentu. Dan bonus dari tu aku dah tambah kawan2 aku.

Okay la geng! Nak dkat kol 1 dah. Aku kne tido. Esok keje. See you then!

Saturday, August 7, 2010

I'm 19

Assalamualaikum wtb

yaw,

Dilahirkan di Hospital Besar Ipoh (Sekarang dah jadi Hospital Raja Permaisuri Bainun) pada waktu maghrib, 22 Ogos 1991. Setelah diazankan maka aku pown diberi nama Muhammad Aliff bin Muhammad Taufik Hiew. nama yang bagi aku sangat agung dan mulia. Tapi tah nape kadang - kadang aku rase perangai aku ni tak serupa ngan nama yang telah diberi oleh orang tua aku tu. But whatever it is I am trying to be the best for my parents.

Hari ni adalah hari yang ditunggu - tunggu oleh aku. KPT kua dah. Tapi semua perkara yang aku bayangkan sebelum KPT kua aku rase maleh nak beli. Contohnye helmet, beg, modi motor, and banyak agy ar kalau aku nak cite kat korang. MOtifnye kat sini, jangan terlalu merancang nanti ape pown tak jadi.

Sedar tak sedar dah masuk bulan 8. tak lame lagi hari lahir aku yang ke 19. Tarikh lahir aku tahun ni jatuh dalam bulan puasa. Hmm. Puasa tahun ni aku berniat nak ubah perangai aku. Aku nak jadi yang lebih baik. Aku nak cube berhenti merokok. Takleh berhenti pown at least kurangkan. InsyaAllah.

Sebenarnye takde pape yang aku nak citer kat korang ni. Saje je nak semakkan blog aku. So long~

Friday, August 6, 2010

Sakit

Assalamualaikum wtb

Yaw~

Sape saket? aku la. sape lagi. Masok ari ni dah dua hari aku MC. Aku MC khamis ngan jumaat. Sabtu ahad cuti lagi. wahahaha. Pandai tak aku amek MC?? haha. Sebenarnye aku tanak citer kat korang sakit aku ni tapi ble aku pk pengalaman aku ni boleh jadikan info utk korang maka aku citer la. Sori eyh, gamba takleh nak tunjuk psl aku malu nak tunjuk. Buruk sangat.

Jam menunjukkan pukul 1.34 a.m. Tangan aku dah gatal gle babi! scrathing3!! nak nanges aku garu tangan aku ni tapi gatal tak ilang2 gak. Korang sendiri fikir ar kalau lelaki cm aku ni dah nak nangis tanggung saket ni tak ke perit namenye tu. (tak nagis lagi okay). Aku dah tak tahan, aku g sinki aku basuh tangan then terus aku sapu krim allergic kat tmpat gatal. Gatalnye ilang tapi saket tak ilang. Kesan tetap ade. Nak tido pown tak lena. Aku nekad nak dapatkan suntikan.

Pagi keesokkan harinye aku bangon pukul 10.30a.m. Aku dah mintak izin boss aku untuk MC ari ni atas sebab nak ke klinik. Aku tengok tangan aku, still lembab kesan daripada krim yang aku sapu malam tadi. Takpe, relax dulu. Facebook dulu pape hal pown. Nescafe dah tentu jadi santapan di pagi hari. Orait! ari ni aku dah nekad nak amek suntikan. And aku tak sabar2 nak dapat penerangan dari doktor kenape tangan aku jadi gatal2 ni. Bukan takat tangan je, boleh dikatakan 1 body aku gatal. Aku nak tawu kenape.

Abes je mandi aku terus g klinik. Bile name aku dipanggil untuk jumpe doc aku pown masok le dalam bilik doc tu.

Doc: En. Aliff ye. hmm.. saket ape?

Aku: tah la doc. tangan saye ni gatal sangat. Ade timing lak tu(sambil tunjuk tangan aku)

Doc: Aiyooo. ini sudah teruk la. Pukul berape u slalu rase gatal?

Aku: around 1 - 2 am.

Doc: Oh! ini kudis bute.

(What?????!!!! seumur hidup aku tak penah kne kudis bute woi!!!!! Tapi doc tu boleh relax je sahkan aku kne kudis bute)

Aku: takkan kot doc. saye rase ni biase je ni (sape doc skang ni?? haih)

relax je doc tu kuarkan satu kertas yang memaparkan jenis2 gatal. Bile dy tunjuk satu gambar tu memang sah aku kne kudis bute. Rupe tgn aku memang sbijik mcm dalam gambar tu. Pergh!!

Doc: This disease saye dah biase tgok. Perkara ini adalah disebabkan oleh keadaan tilam, selimut, sarung bantal dan sarung tilam yang u gune skang. Kat tilam u tu ade satu fungus yang saiznye sangat kecil. Kalau saye examine tgn u skang ni gune mikroskop saye boleh nmpak fungus tu. Fungus ni biasanya berasal dari kucing. Awak rase sangat gataal pada waktu 1 - 2 pagi kerana fungus tu aktif pada masa tu. Dy akan gigit sel2 darah awak pada masa tu. Thats why u felt so itchy.

Aku: Saye tido satu katil ngan adik saye. Kenape saye kne dy tak kne?

Doc: itu sebab imunisasi dy ngan awak lain. awak lemah dan dia kuat. Tapi jangan risau. Saye akan bagi awak satu suntikan dan beberapa jenis ubat. Untuk elakkan saket ini berulang awak perlu buat satu spring cleaning dalam bilik awak tu.

Doc: okay doc.

Sesungguhnye, kudis bute memang saket. Kepada korang2 yang bela kucing tu hati2 la eyh. Kalau boleh jangan bagi kucing tido atas katil korang. Kecuali imune korang kuat cm adeq aku ni. Tah mane dy blaja ilmu kebal tah. Lupe nak bgtaw kudis bute ni pown kte boleh dapat kalau kte slalu outstation. Contohnye kerja kite melibatkan kite kne tido merata cm kat hotel, chalet, dan accomodation yang sewaktu dengannya. So firends. Beware!!!



Tuesday, August 3, 2010

Getting so Hectic

Assalamualaikum wtb

Yaw~

Hidup semakin sibuk. Bukan la terkejar sane terkejar sini cume skang ni aku rase setiap ruang kosong hari2 dah occupied. Penuh. Yup! Even on Saturday and Sunday. I supposed to had a rest last Sunday tapi kene keje. Takpe la. jadi kameraman je pown. Takde la kesah sgt. Aku minat snapping2 ni. So its not a big deal to me. Penat tu memang lah penat tapi kepuasan timbul ble ade orang puji gambar2 yang aku amek cantik. Teringin gak nak ade Nikon D90 sendiri tapi duit tak mandang. Hehe. nanti aku upload siket gamba2 yang aku dah snap eyh~

KPT oh KPT. Bile kau nak kua dari mesin ATM ni. dah sebulan lebih aku tunggu. Keje bute dah sebulan. Enjoy belum lagi. Hehe. Keje sgt pown takleh gak. Boleh serabut otak. kadang - kadang kne ade mase untuk enjoy. Ye dak? Serabot sgt tu tak la cume aku rase hari - hari aku skang ni dah jadi bz sentiasa. Aku ingat dapat duit KPT ni aku nak amek cuti barang sehari dua aku nak jalan2 siket. Shopping skeyt. Modi motor?? itu dah mesty. Hahaha. InsyaAllah sehari due lagi kua ler tu.

Semangat baru. Untuk pengetahuan korang aku dah ade semangat baru skang. Haha. Takleh nak citer lebey2 psl semangat baru ni. nanti ade mase yang sesuai aku citer la eyh.

Aku tido dulu la kawan - kawan. Esok keje lagi.